Tuesday, October 2, 2012

Semoga lebih banyak kemunafikan Iran akan terdedah selepas ini.


Setelah mengakui kewujudan pasukan Pengawal Revolusi Iran membantu askar rejim di Syria, semalam Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Jeneral Hasan Fairouzabadi (gambar) pula dilaporkan berkata, peperangan yang berlaku di Syria sekarang juga merupakan peperangan bagi Iran kerana Iran dan Syria berada dalam blok yang satu. 

Sebelum ini, Ketua Pasukan Pengawal Revolusi, sebuah unit tentera Iran Jeneral Muhammad 'Ali Jaafari mendakwa, pasukan revolusi Iran berada dalam negara Syria tetapi Kementerian Luar Iran segera menarik balik kenyataan tersebut. 

Semoga lebih banyak kemunafikan Iran akan terdedah selepas ini.

No comments:

Post a Comment