Tuesday, October 2, 2012

"REVOLUSI IRAN BUKAN ISLAM..." KATA ZAINAB GHAZALI


Siapa yang tidak mengenali seorang mujahidah bernama Hajjah Zainab Al-Ghazali? Seorang aktivis Ikhwan Muslimin Mesir yang pernah merengkuk dalam penjara dan diseksa dengan penyeksaan yang teruk di bawah pemerintahan kuku besi, Jamal Abdel Nasser.

Seorang yang istiqamah dan meninggal dunia pada tahun 2005 atas jalan dakwah yang diperjuangkannya dalam usia 88 tahun.

Zainab Ghazali pernah menyatakan pandangannya terhadap Revolusi Iran tahun 1979 yang dicetuskan oleh Khomeini. Demikian pandangan beliau bertajuk:

"Revolusi Iran bukan Islam..Kita tidak akan meredhai Khomeini kecuali apabila dia berkata RADHIYALLAHU 'ANHU kepada Abu Bakar dan Umar" 

Berikut petikan wawancara beliau yang panjang yang disiarkan oleh sebuah akhbar Mesir:

Wartawan: Pendirian Ikhwan Muslimin terhadap penguasaan Khomeini di Iran?

Zainab Ghazali: Khomeini baginya mazhab dan Ahlussunnah mempunyai pandangan berkaitannya. Umat Islam yang berada atas sunnah Rasulullah SAW meyakini bahawa Muhammad adalah Nabi yang terakhir,penghulu sekalian Rasul, bahawa Abu Bakar adalah khalifah pertama, Umar kedua, Uthman ketiga dan Ali keempat. Kita tidak mengagung-agungkan mana-mana manusia akan tetapi kita menghormatinya. 

Kita menghormati kedudukan Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan mereka yang datang selepasnya. Akan tetapi kita tidak mensucikan seseorang kerana ia tidak harus melainkan kepada Allah semata-mata. 

Kami bukan Syiah, kami tidak bertanggungjawab atas kesalahan Khomeini. Sebelum ini (iaitu pada permulaan revolusi), saya antara yang pertama menyokong Khomeini dan mengutuskan sokongan kepadanya. Tetapi saya dapati beliau berpegang dengan fahaman Syiah, kerana ketika saya menyokongnya saya berkata suatu hari mesti bagi kamu menjadi Sunni, bukan Syiah.

Kita tidak akan bersetuju dengan Khomeini hingga apabila dia berkata "Radhiyallahu 'ahnu" kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Ini susunannya, jika berkata Khomeini, "Ya Allah, Selawat dan SalamMu ke atas Muhammad dan Ahli keluarga Muhammad. Ya Allah! Kami memohon keredhaanMu buat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan seluruh pengikut mereka hingga hari Kiamat" iaitu Khomeini tidak membeza-bezakan antara Ali dan Abu Bakar, antara Umar dan Abu Bakar, maka kita akan bersama-sama dengannya (Khomeini), akan tetapi kami bukan Syiah dan juga bukan yang cenderung kepada Syiah. 

Revolusi Iran bukan revolusi Islam yang diinginkan oleh umat Islam dan para mujadid akan tetapi ia diminta oleh Khomeini dan penyokong Khomeini. Akan tetapi kita tidak memintanya, Ikhwan Muslimin inginkan prinsip dan ijtihad kita.

Ijtihad kita ialah mengikut mazhab yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali), mengikuti imam-imam dan ulamak yang awal dari kita. Sekalipun terdapat kesalahan pada zaman Muawiyah akan tetapi beliau merupakan sahabat Rasulullah SAW, maka kita katakan "Radhiyallahu 'anhu" kepadanya dan "semoga Allah ampunkan Muawiyah"...

Semoga Allah mengampuni mujahidah Zainab Ghazali dan merahmati rohnya bersama Anbiya', syuhada' dan solihin. 

Wawancara penuh sila rujuk: http://www.masress.com/october/129831

No comments:

Post a Comment