Tuesday, October 2, 2012

Pengaliran wang ke luar negara dipantau - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kerajaan sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau sebarang aktiviti pengaliran wang ke luar negara dalam jumlah yang banyak bagi mengelak ia menjana kegiatan jenayah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, faktor globalisasi mengizinkan wang keluar masuk ke dalam sesebuah negara tanpa sekatan.
Bagaimanapun, katanya, aktiviti itu jika tidak dibendung boleh menggalakkan kegiatan haram yang menjejaskan keselamatan negara.
“Dalam konteks keselamatan negara, globalisasi mengizinkan wang keluar masuk ke dalam negara tanpa sekatan.
“Jika perkara itu berlaku, tak dikawal dan dibendung, saya bimbang wang ringgit yang begitu besar jumlahnya akan menggalakkan kegiatan haram seperti penyeludupan dadah, perdagangan manusia dan kanak-kanak," katanya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121002/je_09/Pengaliran-wang-ke-luar-negara-dipantau---Hishammuddin#ixzz289ffabOM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment