Tuesday, October 2, 2012

KETELITIAN LUAR BIASA IMAM BUKHARI..



Mengembara beribu-ribu batu untuk
menuntut ilmu, mempelajari dan
mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini. 

Kesungguhannya amat ketara
walaupun umurnya masih muda remaja. Pernah Imam Bukhari bermusafir sejauh 8,000 kilometer hanya untuk mendapatkan sepotong hadis sahaja. Bagaimanapun, beliau sangat teliti dalam menyaring hadis-hadis yang diterimanya sebelum mengklasifikasikan hadis-hadis tadi sebagai hadis sahih.

Satu ketika, beliau telah pergi ke rumah seorang perawi hadis. Beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Rupa-rupanya dia menabur pasir untuk mengumpan haiwan itu supaya mendekatinya.

Melihat perbuatan orang tersebut,
terdetik di hati Imam Bukhari, "Kalau
orang ini boleh berlaku tidak jujur pada haiwan, dia juga boleh berlaku tidak jujur dengan ilmu." Lalu beliau sekadar berjumpa dengan orang itu, tetapi tidak mengambil hadis daripadanya.

Bagaimanapun, sekiranya beliau tidak
menerima hadis-hadis yang diragui
perawiannya, Imam Bukhari tidak akan menyebut-nyebut keaiban perawi- perawinya, apatah lagi mengumpat atau mencela mereka. 

Beliau hanya akan mengatakan, "Hadis ini tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk diakui sebagai hadis yang sahih" atau "Hadis ini tidak dipakai orang."

No comments:

Post a Comment