Friday, February 1, 2013

Assange bertanding jawatan senator Australia



SYDNEY 31 Jan. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange bakal bertanding merebut jawatan Senator pada pilihan raya umum Australia tahun ini.
Perkara itu dimumkan sendiri oleh WikiLeaks menerusi akaun Twitter mereka semalam yang berbunyi, 'Julian Assange bakal bertanding untuk jawatan senator pada pilihan raya umum Australia 2013'.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Perdana Menteri Julia Gillard mengumumkan tarikh pilihan raya umum negara ini bakal berlangsung pada 14 September depan.
Assange kini berada dalam tahanan di kedutaan Ecuador di London sejak Jun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130131/lu_13/Assange-bertanding-jawatan-senator-Australia#ixzz2Jb9wCDS9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment