BAMAKO - Perancis menggesa rundingan damai diadakan segera antara kerajaan Mali dan wakil sah dari kumpulan bukan penganas wilayah itu selepas tentera Perancis menawan kubu terakhir kumpulan militan di Kidal, utara Mali.
Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot berkata, rundingan patut dimulakan dari sekarang.
“Hanya dengan berdialog masalah ini dapat di selesai dengan segera,” katanya.
Menurutnya, Perancis berharap, keadaan di Mali beransur pulih dalam usaha menyerahkan kembali tugas kepada pasukan tentera kerajaan.
Kelmarin, tentera Perancis berjaya mengambil alih Kidal beberapa hari selepas pasukan itu menawan dua bandar utama wilayah itu, Gao dan Timbuktu.
Namun, jurucakap Pergerakan Islam Azawad (MIA) melaporkan, tentera Perancis gagal menguasai Kidal disebabkan berlaku kejadian ribut pasir hingga memaksa mereka berundur. - Reuters

No comments:
Post a Comment