1 Februari 2013
LONDON - Pakar bedah di Hospital Queen Elizabeth, kelmarin memberitahu bahawa mereka akan memasukkan plat titanium ke dalam tengkorak Malala Yousafzai.
Pengarah perubatan hospital, Dave Rosser berkata, pembedahan untuk melindungi otak remaja warga Pakistan berumur 15 tahun itu bakal dilakukan dalam tempoh 10 hari.
"Ia adalah satu prosedur yang mudah kerana hanya memasukkan plat titanium tersebut untuk menutup lubang tengkorak kirinya," katanya.
Oktober lalu, Malala ditembak di kepala oleh Taliban semasa remaja berjiwa kental itu sedang dalam perjalanan ke sekolah di Lembah Swat.
Insiden tersebut turut menyebabkannya pekak sebelah telinga dan keadaan itu akan cuba dipulihkan dengan memasukkan alat elektronik bagi mengembalikan deria pendengarannya dalam tempoh 18 bulan. - AFP

No comments:
Post a Comment