Rohingya
Pelarian Rohingya disekat dari masuki Thailand.
BANGKOK - Tentera laut Thailand menyekat kapal membawa lebih 200 pelarian Rohingya dari memasuki negara itu selepas mereka mencetuskan keganasan di barat Myanmar, tiga hari lalu.

Pegawai polis tempatan berkata, tindakan keras itu dilaksanakan bagi mengekang perkara sama berlaku di Thailand.

“Kami menemui mereka kira-kira 40 kilometer dari tanah besar dan terpaksa menghalang mereka dari memasuki negara ini,” katanya.

Sementara itu, tentera Myanmar menembak mati seorang penduduk dalam satu rusuhan melibatkan penduduk Islam di wilayah bergolak Rakhine, kelmarin.

Insiden itu berlaku, di kawasan majoriti etnik Rohingya yang beragama Islam.

Pegawai tentera berkata, seramai 20 penduduk Rohingya cuba menyerang tentera dan rusuhan tersebut. - AFP