BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya telah memindahkan hasil cukai yang dibekukan tahun lalu kepada pihak berkuasa Palestin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, sebanyak AS$100 juta (RM300 juta) cukai dikutip kerajaan itu telah dipindahkan kepada Palestin bagi meringankan masalah ekonomi negara itu.

"Ia adalah sebagai hukuman selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai sebuah negara pada November tahun lalu", katanya.

Kerajaan Palestin sebelum ini, mengalami masalah membayar gaji puluhan ribu pekerjanya apabila Israel mengadakan sekatan dengan membekukan cukai dan duti kastam milik negara itu. - AP