YANGON 30 Jan. - Tentera Myanmar menembak mati seorang penduduk dalam satu rusuhan melibatkan penduduk Islam di wilayah bergolak Rakhine, kata pegawai kerajaan Myanmar, semalam.
Insiden itu berlaku, kelmarin, di kawasan majoriti etnik Rohingya yang beragama Islam.
Sebanyak 20 penduduk Rohingya cuba menyerang tentera. Mangsa cedera selepas tentera melepaskan tembakan, namun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," kata pegawai yang enggan mendedahkan namanya itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130130/lu_07/Rohingya-Seorang-maut-bertempur-dengan-tentera#ixzz2Jb61nrDg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment