Friday, February 1, 2013

Lelaki bunuh pemandu bas sekolah, culik kanak-kanak

WASHINGTON 31 Jan. - Seorang lelaki menembak mati seorang pemandu bas sekolah dan menculik seorang daripada kanak-kanak yang menaiki kenderaan tersebut di Alabama, kelmarin.
Menurut jurucakap polis bandar Dothan, Sarjan Rachel David, suspek menaiki bas sekolah berkenaan pada pukul 3.40 petang (11.40 pagi waktu Malaysia) sebelum melepaskan tembakan ke arah pemandu dan menculik kanak-kanak tersebut.
Suspek kini dipercayai bersembunyi bersama kanak-kanak itu di sebuah pusat penyimpanan senjata.
Pemandu bas yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Albert Poland, 66 tahun manakala kanak-kanak itu belum dikenal pasti nama dan usianya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130131/lu_14/Lelaki-bunuh-pemandu-bas-sekolah-culik-kanak-kanak#ixzz2Jb9kOOHw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment