Friday, February 1, 2013

Perancis tawan kubu terakhir kumpulan militan

BAMAKO 31 Jan. - Tentera Perancis berjaya mengambil alih kubu terakhir kumpulan militan di Kidal, utara Mali, semalam, beberapa hari selepas pasukan itu menawan dua lagi bandar utama wilayah itu, Gao dan Timbuktu.
Atas kejayaan tersebut, Paris menggesa rundingan damai diadakan segera antara kerajaan Mali dan ‘wakil sah dari kumpulan bukan pengganas’ wilayah itu.
“Rundingan patut dimulakan sekarang," kata jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot, semalam.
Perancis berharap keadaan di negara ini beransur pulih dalam usaha menyerahkan kembali tugas kepada pasukan tentera Mali. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130131/lu_15/Perancis-tawan-kubu-terakhir-kumpulan-militan#ixzz2Jb8YcyFq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment