􀀮􀁂􀁏􀁔􀁖􀁉􀀁􀁍􀁂􀁓􀁂􀁏􀁈􀁂􀁏􀀁􀁃􀁆􀁓􀁉􀁊􀁎􀁑􀁖􀁏
Penduduk awam di Myanmar kini dibenarkan berhimpun di kawasan awam.
YANGON - Selepas dua tahun Myanmar berada dalam pengalihan kuasa baru, kerajaan itu semalam mengumumkan pemansuhan pengharaman berkumpul di tempat awam melebihi lima orang selepas junta tentera mengambil alih kuasa ketika tersebut pada 1988.

Akhbar harian Myanmar, Ahlin melaporkan, Perintah No 2/88 dihapuskan kerana ia tidak selaras dengan Perlembagaan yang mengiktiraf kebebasan bersuara selagi ia tidak melanggar undang-undang sedia ada.

Perintah larangan berhimpun itu digunakan secara terpilih kepada mereka yang cuba menggugat rejim pemerintahan tentera sehinggalah kerajaan sekarang yang memilih Presiden Thein Sein pada 2011 lalu.

Di bawah pentadbiran barunya, Thein Sein juga memperkenalkan liberalisasi politik termasuk menarik semula undang-undang penapisan dan membebaskan tahanan politik. - AP