Tuesday, June 4, 2013

Ibu bayi haram didenda


Beijing: Rancangan sebuah bandar raya China mendenda ibu mempunyai anak luar nikah mencetuskan kritikan bahawa polisi itu satu diskriminasi dan boleh mendorong kepada peningkatan kes buang bayi.

Seorang pakar semalamberkata, ia kali pertama kanak-kanak luar nikah menjadi bahan penalti satu majlis perbandaran negara itu yang fleksibel terhadap cara menguatkuasakan polisi pengawalan populasi di China.


Ia dibuat sehari selepas operasi menyelamatkan bayi baru lahir milik ibu muda yang tidak berkahwin dari saluran paip najis di timur China mendorong perbincangan mengenai stigma yang dihadapi ibu tunggal.

“Jika polisi itu diluluskan, mungkin ada lebih banyak “bayi najis” kerana apabila ibu tidak mampu menangani kos membela anak, mereka mungkin memikirkan untuk membuang bayi mereka,” kata Chen Yaya. - AP

No comments:

Post a Comment