Chon Siang (kiri) mendengar rintihan Kamal sekeluarga yang merempat di masjid sejak sebulan yang lalu.
KUANTAN – Tujuh beranak terpaksa tinggal merempat sejak sebulan yang lalu gara-gara tidak mampu membayar duit sewa rumah akibat kekangan kewangan.
Kamal Ismail, 36 berkata, dia terpaksa membawa isteri bersama lima orang anak mereka ke masjid untuk mendapatkan perlindungan selain terpaksa mengikat perut mencatu makanan harian mereka sekeluarga.
Menurutnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Gebeng, dia terpaksa membawa isteri dan anak-anaknya tinggal di masjid memandangkan itu kawasan yang selamat untuk mereka menumpang berteduh.
“Sudah banyak masjid menjadi ‘rumah’ kami sejak terpaksa keluar dari rumah sewa di Kampung Belukar sebulan yang lalu.
“Selepas itu, saya cuba balik ke kampung, tetapi akibat perselisihan faham dengan keluarga, saya membawa anak-anak merempat di masjid.
“Bukan tidak pernah meminta bantuan, tetapi sampai sekarang nasib kami masih belum mendapat perhatian mana-mana pihak,” katanya yang pernah membuat permohonan rumah kos rendah pada tahun 2010 lalu.
Kamal berkata, dia dan isteri, Siti Khadijah Saudi, 30 terpaksa mempertaruhkan nasib lima orang anak mereka iaitu, Noranisa Yuslina Eddy, 8, Adid Eddy, 7, Aiman Kamal, 5, Shah Amirul, 3 dan Alif Imran, sebelas bulan untuk tinggal dari satu masjid ke masjid yang lain.
“Walaupun kami hidup merempat, saya tidak pernah mengajar anak-anak meminta makanan ataupun duit daripada orang lain. Apa yang kami ada, kami akan makan bersama dan jika tiada makanan sekalipun, anak-anak hanya mampu mengeluh, untuk meminta-minta saya tidak izinkan.
“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah rumah untuk tempat berlindung kami anak-beranak memandangkan saya bekerja malam, keselamatan mereka tidak terjamin sekiranya saya pergi bekerja,” katanya.
Sementara itu, nasib Kamal sekeluarga mendapat perhatian daripada Adun Teruntum, Sim Chon Siang yang akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berwajib.
“Saya akan mengusulkan permohonan keluarga ini kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) untuk menempatkan mereka di rumah asnaf.
“Sehubungan itu, saya harap agar pihak-pihak berkuasa yang lain turut menjalankan tanggungjawab mereka agar nasib mereka sekeluarga tidak diabaikan,” katanya yang ditemui Sinar Harian di perkarangan Majlis Sultan Ahmad 1 di sini.

No comments:
Post a Comment