Tuesday, June 4, 2013

Militan letup diri depan balai polis


Poso (Indonesia): Seorang suspek militan Islam yang menunggang motosikal meletupkan dirinya di halaman balai polis di Indonesia semalam, mencederakan seorang pekerja binaan, kata pihak berkuasa.

Pengebom berani mati dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pengganas di negara itu melancarkan serangan selepas menyerbu ke ibu pejabat polis di Poso, bandar di Pulau Sulawesi yang terkenal dengan serangan militan. Ia serangan berani mati pertama di Indonesia yang telah melaksanakan kempen menentang kumpulan pengganas Islam selama lebih sedekad sejak September 2011 apabila seorang pengebom mencederakan puluhan orang dalam serangan gereja di Jawa Tengah.


“Seorang lelaki menceroboh ke halaman balai polis menunggang motosikal sebelum meletupkan dirinya,” kata jurucakap polis tempatan, Soemarno sambil menambah tiada sesiapa terbunuh selain penyerang. Menurutnya, penyerang merempuh masuk melalui pintu pagar di halaman balai polis itu dan meletupkan bahan letupan di kawasan laman terbuka dekat sebuah masjid. - AFP

No comments:

Post a Comment