Tuesday, June 4, 2013

Rizab antarabangsa BNM RM433.3 bilion


KUALA LUMPUR 3 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah berjumlah AS$140.3 bilion (RM433.3 bilion) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$9.04 bilion (RM27.9 bilion) pada akhir April 2013.
Menurut kenyataan BNM, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$354.7 juta (RM1.09 bilion) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan.
Jelas kenyataan itu lagi, sejajar dengan amalan yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tersebut tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$4.13 bilion (RM12.7 bilion) bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$6.10 bilion (RM18.8 bilion) pada akhir bulan April 2013.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130604/ek_02/Rizab-antarabangsa-BNM-RM4333-bilion#ixzz2VCtuE8Rc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment