Tuesday, June 4, 2013

Pengebom nekad gagal cubaan serang ibu pejabat polis

Pengebom nekad gagal cubaan serang ibu pejabat polis
Polis mengadakan kawalan ketat di sekitar balai Poso, Sulawesi.
POSO - Seorang penunggang motosikal maut selepas bahan peledak yang dibawa untuk cubaan meletupkan diri di pintu masuk ibu pejabat polis di Sulawesi, Indonesia tiba-tiba meletup.

Ketua Polis Leftenan Kolonel Sisnadi berkata, lelaki terbabit membawa sejenis bom dan nekad membunuh dirinya sebelum cuba memasuki ibu pejabat polis di pusat bandar Poso, Sulawesi.

“Tiada anggota polis terbunuh tetapi seorang pekerja binaan berhampiran ibu pejabat polis itu mengalami kecederaan akibat terkena bahan letupan itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum letupan itu lelaki berkenaan ditahan pengawal balai dari menghalangnya memasuki pintu utama balai tersebut.

“Kira-kira 15 meter dari balai berkenaan, bom yang dibawa lelaki itu tiba-tiba meletup dan meragut nyawanya,” katanya.

Menurut sumber polis, lelaki terbabit disyaki sebahagian daripada kumpulan militan yang paling dikehendaki di negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment