Tuesday, June 4, 2013

Polis buru llama yang terlepas dari kandang



DUA anggota pejabat syerif mengawal seekor llama yang terlepas dari kandang tuannya di Tallahassee kelmarin.- AP


TALLAHASSEE - Tiga anggota pejabat syerif di Amerika Syarikat terpaksa menggunakan senjata renjatan elektrik untuk memaksa seekor llama yang terlepas kembali semula ke kandangnya.
Llama jantan tersebut yang bernama Scooter terlepas dari kandangnya di sini, dalam negeri Florida kelmarin.
Seorang anggota pejabat Syerif di daerah Leon, Leftenan Tony Drzewiecki berkata, llama setinggi 1.8 meter (m) itu bukan sahaja sukar dikejar tetapi haiwan itu turut melompat pagar setinggi 1.2m untuk mengelak daripada ditangkap.
Menurutnya, pemilik Scooter menghubungi pejabat syerif selepas mendapati haiwan peliharaannya hilang pada Jumaat lalu.
Pihak berkuasa turut menerima aduan penduduk setempat yang bimbang melihat haiwan itu berkeliaran di sekitar kejiranan mereka.
Pihak berkuasa mengepung mamalia itu pada Sabtu lalu. Anggota-anggota pejabat syerif itu menggunakan pistol renjatan elektrik untuk menangkap Scooter kerana llama bukan haiwan yang jinak. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2VC0OYNik 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment