Friday, October 3, 2014

Kesatuan Eropah bimbang dengan situasi di Hong Kong


HAGUE 3 Okt. - Kesatuan Eropah (EU) semalam menyatakan rasa bimbang mereka terhadap situasi semasa yang berlaku di Hong Kong dan berharap semua pihak termasuk penunjuk perasaan supaya bertenang.
"Kami bimbang dengan apa yang berlaku di Hong Kong dan akan sentiasa memantau situasi semasa di sana," kata jurucakap Perkhidmatan Diplomatik EU.
Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Hong Kong menggesa supaya penunjuk perasaan bersurai 'dengan segera' atau bakal ditembak dengan gas pemedih mata dan peluru getah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141003/lu_01/Kesatuan-Eropah-bimbang-dengan-situasi-di-Hong-Kong#ixzz3F1lIEImf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment