Friday, July 29, 2011

Arwah jadi pendiam

KERIAN: “Arwah seorang yang periang dan selalu berseloroh dengan ahli keluarga, tetapi sikapnya sejak pulang dua hari lalu berubah menjadi pendiam dan kerap termenung,” kata Zaini Mokhtar, 40, kakak ipar kepada Konstabel Abdul Shahreer Abu Hasan, 24.

Zaini berkata, anak sulung arwah, Mohamad Fariz Daniel, setahun lapan bulan, juga kerap demam sejak dua minggu lalu dan tidak ceria seperti biasa.


“Saya tidak sangka semua itu petanda mereka akan pergi meninggalkan kami buat selamanya. Kami sekeluarga masih dalam keadaan terkejut dengan kemalangan itu.

“Kali terakhir saya menemuinya di rumah ibu di Kampung Padang Setol di Kuala Nerang, Kedah petang kelmarin, sebelum arwah bersama isterinya, Fauziah, 24, dan anak abang menghantar mereka ke stesen bas untuk balik ke Simpang Renggam, Johor,” katanya.


Dalam kemalangan tragik kira-kira jam 12.25 tengah malam semalam, Abdul Shahreer yang berkhidmat di Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas tercampak keluar dari bas.


Tambah menyayat hati, anak sulung mangsa yang dipangku atas ribanya dan isterinya, turut tercampak keluar ke kawasan rumput tepi lebuh raya berhampirannya.

Mohamad Fariz yang turut cedera parah di kepala, menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Taiping (HT), manakala keadaan isterinya dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi HT serta belum sedarkan diri.


Zaini berkata, keluarganya mengetahui kemalangan kira-kira jam 3 pagi semalam selepas dihubungi polis yang memaklumkan adik iparnya meninggal dunia.

“Dalam keadaan masih terkejut dengan apa yang berlaku, kami sekali lagi diuji apabila diberitahu anak saudara saya turut meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.


“Kami sekeluarga hanya mampu berdoa adik sedar dan pulih kerana keadaannya kini dilaporkan masih kritikal,” kata Zaini.


Sementara itu, abang Abdul Shahreer, Abdul Hashim, 28, yang tiba di bilik mayat HPB kira-kira jam 11.30 pagi, berkata dia mengetahui kejadian menimpa adiknya pada jam 1.30 pagi selepas dihubungi polis.


“Kami sekeluarga begitu sedih dengan kejadian ini tetapi reda dan menerimanya sebagai takdir Ilahi,” katanya sebak.

myMetro | Arwah jadi pendiam

Mangsa kebakaran akan dirawat di luar negara

HAIL (Arab Saudi): Putera Naif, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan Naif Al-Harbi dipindahkan dari Hospital Besar Al-Sumaira ke salah satu hospital terbaik di Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan.

Naif melecur teruk di bahagian muka dan badan akibat kebakaran di sebuah apartmen di Hail yang menyebabkan dia cedera dan cacat.

Kebakaran itu berlaku tujuh tahun lalu ketika Naif sedang tidur dan tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

Litar pintas di sebuah alat pemanas yang diletak di tepi katilnya telah menyebabkan percikan api dan membakar tubuh badannya. Sebahagian besar tubuhnya dijilat api, termasuk mukanya.

Beliau telah dimasukkan ke hospital di Riyadh selama dua tahun kemudian di hospital di Hail selama lima tahun.


Walaupun begitu, Naif tetap optimis dan berharap setiap rawatan yang dia terima akan menjadikan wajahnya elok.

Dalam satu temubual dengan akhbar Al-Jazirah, Ketua Hospital Besar Al-Sumaira, Falah Al Badrani berkata, Naif telah menerima rawatan yang diperlukan di hospital itu kerana 70 peratus daripada tubuhnya telah terbakar.

“Keluarganya sering melawatnya dua kali seminggu sejak kemalangan itu. Mereka turut membantu di dalam pemulihan dengan membawa dia keluar berjalan-jalan.”

Kata Falah, sejak kebelakangan ini, mereka telah berhenti melawat Naif dan ini memberi kesan psikologi kepadanya.

“Dia mendengar dan boleh bercakap. Masalahnya dia tidak boleh melihat,” kata Fatah.

Sebelum arahan dari Putera Naif, pihak hospital merayu kepada pihak berkuasa supaya menghantar Naif mendapatkan rawatan daripada hospital yang khusus terutama di dalam bidang kulit dan implan rambut di luar negara. - AN

myMetro | Mangsa kebakaran akan dirawat di luar negara

Seludup organ disiasat

SYDNEY: Polis Australia semalam berkata, mereka melancarkan siasatan pertama perdagangan organ selepas seorang pesakit buah pinggang warga tua dilaporkan membawa seorang rakyat Filipina ke bandar raya ini untuk tujuan pemindahan organ.

Polis berkata, sebuah kediaman diserbu Mac lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan perdagangan organ dan siasatan masih dijalankan. “Ini kes perdagangan organ pertama disiasat Polis Persekutuan Australia,” kata jurucakap polis.


Pegawai polis yang ditugaskan menangani kes pemerdagangan manusia dan jenayah hamba seks masih menyiasat kes itu.

Menurut Sydney Morning Herald, kes itu berkait rapat dengan seorang wanita tua yang menghadapi masalah buah pinggang membawa wanita muda dari Filipina dengan niat untuk melakukan pemindahan organ. Perjanjian itu dilaporkan dibuat tanpa persetujuan penuh wanita Filipina terbabit dan terbongkar ketika sesi prapembedahan di sebuah hospital di Sydney.


Badan pemindahan organ Australia berkata, terdapat 1,951 orang dalam senarai menunggu dan prosedur ketat sumbangan bermakna pemindahan organ secara haram membabitkan sindiket penyeludupan adalah tidak mustahil. - AFP

myMetro | Seludup organ disiasat

Didakwa rompak rumah Halle Berry

LOS ANGELES: Seorang lelaki yang dituduh mengganggu Halle Berry, semalam menghadapi dakwaan tambahan memecah masuk kediaman pelakon pemenang Oscar itu di Hollywood.

Richard Franco, 27, didakwa melakukan perbuatan itu pada satu daripada beberapa kejadian dia dilihat di kawasan kediaman Berry di Hollywood Hills awal bulan ini.


Bekas gadis Bond itu berkata, Franco mengancamnya selama tiga hari dari 9 Julai sebelum dia ditangkap pada malam 11 Julai.

“Dia begitu bimbang terhadap keselamatannya,” kata pendakwa raya, Wendy Segall.


Franco mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang mendakwa dia memecah masuk kediaman itu pada 10 Julai.


Pada 12 Julai lalu, Hakim Mahkamah Agung Los Angeles, Carol Boas Goodson mengarahkan lelaki berkenaan berada 35 meter dari pelakon berusia 44 tahun itu dan anaknya.

Dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan mengganggu.- AFP

myMetro | Didakwa rompak rumah Halle Berry

NBC dituduh galak, agungkan industri porno di Amerika Syarikat

LOS ANGELES: Satu badan pengawas televsiyen semalam menuduh NBC (Syarikat Penyiaran Kebangsaan AS) meningkatkan daya tarikan industri porno menerusi drama baru, ‘The Playboy Club’.

Kumpulan berkenaan mendesak sekutu NBC di seluruh Amerika Syarikat supaya tidak menayangkannya.


Dalam surat kepada stesen televisyen NBC tempatan, Majlis Televisyen Ibu Bapa berkata, drama berkenaan meningkatkan daya tarikan dan mengagungkan industri berkenaan.

Ia menegaskan, pornografi memusnahkan keluarga dan mengeksploitasi wanita.


‘The Playboy Club’ yang akan mula disiarkan pada 9 September depan jam 10 malam, berlatar belakangkan kehidupan pada awal 1960-an dan tertumpu pada gadis Playboy dan pelanggan asal Playboy Club di Chicago.


Majlis berkenaan yang berkempen menentang seks dan keganasan dalam siaran televisyen di Amerika Syarikat, turut meminta NBC dan sekutunya supaya tidak menyiarkan iklan mempromosi rancangan baru seperti ‘America’s Got Talent.’- AFP

myMetro | NBC dituduh galak, agungkan industri porno di Amerika Syarikat

Hefner tuduh Crystal bohong

SAAT bahagia Hefner dan Crystal.
SAAT bahagia Hefner dan Crystal.

LOS ANGELES: Pengasas Playboy, Hugh Hefner menuduh bekas tunangnya menipu selepas wanita berusia 25 tahun itu memburukkannya dengan berkata mereka hanya mengadakan seks sekali saja dan lelaki itu gagal membangkitkan keberahiannya.

Crystal Harris yang membatalkan perkahwinan dengan Hefner, 85, beberapa hari sebelum majlis berlangsung Jun lalu berkata kelmarin, dia tidak pernah melihat bekas bakal suaminya itu telanjang.


“Crystral berbohong mengenai hubungan kami. Tetapi saya tidak tahu kenapa. “Mungkin kerana teman lelaki barunya,” kata Hefner menerusi laman Twitternya, semalam.

Dia mengulas kenyataan Crystal ketika ditemuramah dalam satu rancangan sembang televisyen yang dihoskan oleh Howard Stern.


Menurut majalah People kenyataan Hefner itu bagaimanapun sudah dipadamkan.


Dalam kenyataan lain yang masih boleh dibaca, Hefner menuduh Crystal tidak jujur dengan berkata: “Crystal meyakinkan saya bawa dia menyayangi saya. Saya bersimpati dengannya.

“Dia seolah-olah hilang arah.” Hefner juga berkata dia kini bahagian di samping teman baru, Anna Sophia Berglund dan Shera Bechard.

Kelmarin, Crystal memberitahu Stern: “Maaf, Hefner tidak merangsang keberahian saya.” Dia juga mendedahkan, mereka hanya melakukan seks sekali dan ia berakhir selama dua saat saja.”

“Dia tidak menanggalkan pakaiannya. Saya tidak pernah melihat dia berbogel,” katanya.


Hefner melamar Crystal sehari sebelum Krismas tahun lalu dan majlis perkahwinan dirancang pada bulan Jun di Playboy Mansion di Beverly Hills.


Bagaimanapun, beberapa hari sebelum majlis, Hefner mengumumkan ia dibatalkan.


“Crystal berubah hati,” katanya dalam laman Twitternya. - Agensi

myMetro | Hefner tuduh Crystal bohong

Penjara 6 bulan jika tidak puasa


GEORGE TOWN - Hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 bakal dikenakan kepada umat Islam yang didapati makan di khalayak ramai termasuk pengusaha premis yang menghidangkan makanan kepada mereka sepanjang Ramadan ini.

Tindakan tegas itu diambil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi 'Ops Jejak' termasuk memantau restoran dan gerai makan tepi jalan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, operasi tersebut dilakukan setiap hari mulai pukul 7 pagi di semua daerah di negeri ini.

Kosmo! Online - Negara

Thursday, July 28, 2011

Metro Makkah siap tahun ini

MAKKAH: Sistem kereta api Mashair akan dapat membawa lebih 500,000 jemaah ketika musim haji akan datang ini, kata Menteri Haji Fouad Abdul Salam Al-Farsy semalam. Beliau berkata demikian ketika melawat beberapa pertubuhan Tawafa yang akan menilai penyusunan yang dibuat untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk tetamu Allah.

Katanya, semua fasa untuk Metro Makkah beroperasi telah pun siap. Kereta api itu akan memulakan operasi apabila musim haji, bermula.

Fouad berkata, lawatannya juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pertubuhan Tawafa dan mencari jalan penyelesaian segera sekiranya mereka menghadapi masalah.

Dia juga melancarkan buku “Memori of the Profession”, satu dokumentari mengenai kerja mutawwif dahulu dan sejarah kerjaya itu.

Fouad melawat Pertubuhan Tawafa dari Negara-Negara Afrika bukan Arab yang memberi perkhidmatan kepada lebih 180,000 jemaah dari 48 negara Afrika. Dia turut melawat Pertubuhan Tawafa dari jemaah negara Arab.


“Lawatan ini adalah untuk menilai sendiri penyusunan dan persediaan yang dibuat untuk menerima jemaah haji dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Dengan ini jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa,” katanya.

Katanya, sekarang ada 250,000 jemaah dari luar negara sedang mengerjakan Umrah dan jumlahnya dijangka meningkat ketika bulan Ramadan. Lebih lima juta orang dijangka menjalani ibadah umrah, tahun ini.

myMetro | Metro Makkah siap tahun ini

Pengantin lelaki rupa-rupanya seorang wanita

JAKARTA: Satu keluarga di Indonesia menghentikan majlis perkahwinan apabila mendapat tahu pengantin lelaki adalah seorang wanita.

Bagaimanapun, bekas teman lelaki pengantin perempuan tampil sebagai pengantin lelaki bagi mengelak keluarga pengantin mendapat malu.


Keluarga dan tetamu berkumpul membaca al-Quran dalam satu majlis perkahwinan di Jawa barat, tetapi pengantin lelaki tidak membawa saudara-mara. Kecurigaan semakin ketara apabila pengantin lelaki, Rio gagal menunjukkan dokumen, lapor akhbar Jakarta Globe, semalam. “Kecurigaan semakin ketara kerana suaranya yang garau tiba-tiba bertukar menjadi suara perempuan,” lapor akhbar itu seperti mana dipetik daripada kenyataan ketua polis tempatan, Krisnandi. Pengantin itu dikatakan mempunyai bentuk tubuh lelaki dan mengenali pengantin perempuan, Nuraini selama tujuh bulan. “Keluarga pengantin perempuan kemudian mendapatkan bekas teman lelaki Nuraini sebagai pengantin lelaki bagi mengelak mendapat malu di hadapan tetamu,” kata kenyataan itu lagi. - Reuters

myMetro | Pengantin lelaki rupa-rupanya seorang wanita

Hefner lemah seks: Crystal


KENANGAN...Hefner bersama Crystal ketika detik bahagia mereka.
KENANGAN...Hefner bersama Crystal ketika detik bahagia mereka.


HOLLYWOOD: Tauke Playboy, Hugh Hefner dipuja oleh pengikutnya di seluruh dunia kerana pengalaman luasnya berpacaran dengan model majalah keluaran syarikatnya sejak berdekad lalu.
Namun, nampaknya mogul Playboy itu terpaksa berjuang mengekalkan reputasinya ekoran dakwaan sensasi dibuat bekas tunangnya, Crystal Harris.

Model glamor itu tidak habis-habis mengecam bekas tunangnya ketika tampil dalam program Howard Stern, semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu tidak kisah bercakap buruk mengenai Hefner walaupun pada hakikatnya dia yang meninggalkan Hefner beberapa hari sebelum perkahwinan mereka Jun lalu.

Crystal berkata, hubungan seks bersama pengasas Playboy berusia 85 tahun itu bertahan hanya dua saat.


Dia menambah: “Kemudian semuanya selesai.

“Saya kemudian berlalu pergi. Maaf, tetapi saya tidak terangsang ketika bersama Hef.”

Dia memalukan reputasi pendamping wanita itu apabila mendedahkan mereka hanya melalui detik intim sekali.
Crystal berkata: Dia tidak menanggalkan pakaiannya. Saya tidak pernah melihat Hef berbogel.” Crsytal sudah pun melupakan hubungannya dengan penerbit majalah itu.

Dia dilihat meluangkan banyak masa bersama anak lelaki bintang siri Oprah Winfrey, Dr Phil iaitu Jordan McGraw.

Walaupun menafikan khabar angin mengatakan dia berpacaran dengan penulis lirik itu bulan lalu, Crystal dlihat keluar bersama McGraw di bar ternama di New York, Knave.

Seorang saksi memberitahu majalah People: “Mereka disertai dua lagi wanita selama satu jam.

“Crystal meminum mojitos dan tertawa, sementara McGraw menghirup koktel.

“Sebaik saja rakan mereka beredar, mereka nampak lebih selesa dan lega.”
myMetro | Hefner lemah seks: Crystal

Lepas tumpang kebas suami


TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.
TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.


BANTING: “Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas,” rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.
Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.

“Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.

“Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

“Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.


“Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.

“Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu,” kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.

Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.
“Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,” katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.
myMetro | Lepas tumpang kebas suami

Najib jalani pembedahan lutut Isnin ini

PENDANG: Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan kecil pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur Isnin ini, berikutan kecederaan yang dialaminya semasa bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.

Perdana Menteri berkata, pembedahan itu tidak akan mengambil masa lama untuk pulih dan beliau boleh pergi ke pejabat selepas tiga hari.
"Ia satu kecederaan lama semasa aktif bersukan. Saya mengalami kecederaan ini semasa bermain bola sepak, ketika itu saya menjawat Menteri Belia dan Sukan, dalam perlawanan terakhir bagi Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
"Selepas bertahun lamanya, kecederaan ini berulang dan ini berlaku semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain pada program Belia Futsal," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Belia 1Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA
Berita Harian Online | Najib jalani pembedahan lutut Isnin ini

4 saudara disaman RM10 juta akibat fitnah



SHAH ALAM - Gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di laman sosial facebook, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga ahli keluarga disaman RM10 juta.

Saman itu difailkan Pembantu Ahli Majlis PKR, Zalina Jaafar, 42, menerusi Tetuan Faizul Nasir & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Zalina, bekas setiausaha kerja di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, hadir bersama peguamnya, Faizul Mohd Nasir.

Dalam writ saman itu, Zalina selaku plaintif menamakan Mahharul, Setiausaha Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebagai defendan pertama diikuti dua adik perempuan lelaki itu, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani.

Beliau mendakwa Mahharul mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial miliknya pada 28 September lalu, manakala kenyataan di laman milik defendan Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 September lalu.

Menurutnya, semua kenyataan itu menyebabkan reputasi berkaitan dirinya tercemar.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah.

Faizul berkata, mahkamah menetapkan 27 September depan untuk pengurusan kes pra bicara berhubung saman difailkan Zalina.
SH

Suspek serangan Norway gila?



OSLO - Suspek serangan ganas di Norway, Anders Behring Breivik mungkin tidak waras dan berada di bawah pengaruh dadah semasa melancarkan serangan berkembar minggu lalu, menurut peguamnya, kelmarin.

Geir Lippestad, peguam bela awam dipilih Breivik untuk mewakilinya berkata, pelampau berumur 32 tahun itu juga tidak pasti jumlah mangsa dibunuhnya dan suspek turut menyuarakan rasa terkejut kerana polis Norway me-ngambil masa lama untuk menghentikan serangannya.

“Breivik percaya dia mengetuai revolusi anti-Islam untuk menggulingkan kerajaan di Barat dan menganggap mangsa serangannya sebagai korban perang, menandakan dia tidak waras,” menurut Lippestad.

Namun, beberapa pakar jenayah yang mengkaji manifesto tulisan Breivik setebal 1,500 muka surat menolak dakwaan peguam bela itu sebaliknya menganggap Breivik sebagai pembunuh waras yang kejam.

Breivik menggemparkan dunia apabila melancarkan serangan berkembar dengan meletupkan bom di pejabat perdana menteri di Oslo sebelum menuju ke kem belia di sebuah pulau dan melepaskan tembakan rambang, Jumaat lalu, sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 76 orang maut.

Sementara itu, stesen kereta api di tengah Oslo dikosongkan dan perkhidma-tan bas dan kereta api dihentikan selepas bagasi mencurigakan ditemui di dalam sebuah bas, semalam.

Namun polis Norway menolak kemungkinan penemuan bagasi itu mempunyai kaitan dengan Breivik.
SH

Wanita terima gantirugi selepas jumpa kondom dalam sos tomato

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita akan menerima gantirugi sebanyak AS$5,000 (RM14,755) selepas menemui kondom dalam hidangan bebola daging yang dimakan bersama sos tomato, hari ini.

Akhbar portal Globo melaporkan pentadbir wilayah selatan, Rio Grande do Sul mendenda pembuat sos tomato berkenaan atas "kerosakan moral."
Wanita berkenaan menggunakan sos itu untuk digaul bersama bebola daging dan hanya selepas menghabiskan hidangan, dia menyedari kondom terbabit dibaluti dengan baki sos tomato. - AFP
Berita Harian Online | Wanita terima gantirugi selepas jumpa kondom dalam sos tomato

2 maut pesawat kargo terhempas di Korea Selatan

SEOUL: Pesawat kargo Penerbangan Asiana terhempas di selatan pulau Jeju, awal pagi tadi dan meragut dua nyawa, menurut pihak berkuasa Korea Selatan.

Beliau berkata, pesawat itu berlepas pada jam 3.05 pagi (waktu tempatan) menuju ke timur China, Pudong mengalami masalah mekanikal menyebabkan sebelum terhempas.
Jurucakap pengawal pantai Jeju, berkata serpihan pesawat ditemui bot peronda pengawal pantai kira-kira 100 kilometer barat pulau.
Katanya, empat bot pengawal pantai dan sebuah helikopter digunakan bagi mencari bangkai pesawat di sekitar kawasan terbabit.

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan Asiana, berkata pesawat Boeing 747 yang dibawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang membuat panggilan ke pusat kawalan lapangan terbang Jeju pada jam 4.11 pagi dengan meminta untuk membuat pendaratan kecemasan berikutan masalah mekanikal. - AFP
Berita Harian Online | 2 maut pesawat kargo terhempas di Korea Selatan

35 korban bencana alam di Seoul


ANGGOTA penyelamat membawa keluar mayat yang tertimbus di dalam tanah runtuh berikutan hujan lebat selama dua hari di Seoul, semalam.
ANGGOTA penyelamat membawa keluar mayat yang tertimbus di dalam tanah runtuh berikutan hujan lebat selama dua hari di Seoul, semalam.



Tanah runtuh kerana hujan lebat

CHUNCHEON: Sekurang-kurangnya 35 terbunuh semalam selepas hujan lebat selama dua hari mengakibatkan tanah runtuh, banjir dan terputusnya bekalan tenaga di Seoul dan wilayah tengah.

Tanah runtuh akibat hujan lebat melanda pusat peranginan pergunungan di timur Seoul, Korea Selatan awal pagi semalam, memusnahkan empat bangunan termasuk dua hotel kecil dan meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa, kata pegawai bantuan kecemasan.
Cuaca buruk melanda sejak lewat kelmarin menyebabkan banjir dan menyekat pergerakan pengangkutan, sementara harga saham jatuh berikutan kebimbangan kos kemusnahan yang boleh mencecah jutaan dolar.
Kebanyakan mangsa adalah pelajar kolej yang membuat kerja sukarela di kawasan itu.

“Jumlah kematian mungkin meningkat ketika laporan terbaru terus diterima,” kata pegawai di Agensi Pengurusan Kecemasan Negara yang dipetik akhbar Korean Herald.

“Saya tidur di tingkat dua bangunan apabila terdengar bunyi tanah runtuh. Tangga jatuh dan saya tertanam dalam lumpur,” kata seorang pelajar kolej yang diselamatkan bomba.

Di CHUNCHEON, kira-kira 100 kilometer timur Seoul, pekerja penyelamat masih mencari mangsa dalam timbunan runtuhan hotel, restoran dan kedai kopi yang berlumpur untuk mencari orang hilang.
Penduduk tempatan melaporkan bunyi seumpama kereta api ketika bangunan runtuh.

Pegawai berkata, kira-kira 20 orang cedera apabila dinding lumpur menghentam bangunan berdekatan pusat peranginan Empangan Sungai Soyang sejurus selepas tengah malam.

Media tempatan melaporkan 35 pelajar kolej dan kira-kira 40 pelancong menginap di beberapa hotel kecil.

Pekerja penyelamat masih cuba mencari enam lagi yang masih terperangkap dalam bangunan, manakala 26 lagi sudah dibawa ke hospital berdekatan, lapor agensi berita Yonhap.

Hujan tanpa henti lebih 24 jam dengan curahan sebanyak 400 milimeter turut mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh dan penutupan jambatan di Seoul.

Bekalan elektrik terputus dan khidmat kereta api turut digantung. Stesen kereta api bawah tanah bertukar menjadi seumpama kolam renang, kata penumpang yang terperangkap.

Pekerja kecemasan berkata, sekurang-kurang empat maut dalam kemalangan yang membabitkan cuaca buruk. Biro kaji cuaca menjangkakan hujan lebat berterusan untuk tempoh 48 jam.

Di selatan Seoul, sekurang-kurangnya lima terbunuh, manakala beberapa orang dikhuatiri hilang selepas kampung berdekatan Gunung Umyeon diranapkan tanah runtuh. Lebih 60 orang terperangkap. Lebih 400 kes banjir dilaporkan di ibu negara saja. – Reuters/Agensi Berita Harian Online | 35 korban bencana alam di Seoul

Hujan terburuk, tanah runtuh Korea Selatan ragut 36 nyawa

SEOUL: Sekurang-kurangnya 36 terbunuh manakala ramai yang lain masih hilang dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Korea Selatan, semalam.

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), berkata jalan utama di Korea Selatan bertukar menjadi sungai dengan pusaran air serta air berlumpur.
Susulan banjir terburuk di negara itu, katanya, angka kematian sehingga 11 malam (waktu tempatan) meningkat kepada 36magsa dan ia dijangka bertambah. - AFP
Berita Harian Online | Hujan terburuk, tanah runtuh Korea Selatan ragut 36 nyawa

2 maut pesawat kargo terhempas di Korea Selatan

SEOUL: Pesawat kargo Penerbangan Asiana terhempas di selatan pulau Jeju, awal pagi tadi dan meragut dua nyawa, menurut pihak berkuasa Korea Selatan.

Beliau berkata, pesawat itu berlepas pada jam 3.05 pagi (waktu tempatan) menuju ke timur China, Pudong mengalami masalah mekanikal menyebabkan sebelum terhempas.
Jurucakap pengawal pantai Jeju, berkata serpihan pesawat ditemui bot peronda pengawal pantai kira-kira 100 kilometer barat pulau.
Katanya, empat bot pengawal pantai dan sebuah helikopter digunakan bagi mencari bangkai pesawat di sekitar kawasan terbabit.

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan Asiana, berkata pesawat Boeing 747 yang dibawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang membuat panggilan ke pusat kawalan lapangan terbang Jeju pada jam 4.11 pagi dengan meminta untuk membuat pendaratan kecemasan berikutan masalah mekanikal. - AFP
Berita Harian Online | 2 maut pesawat kargo terhempas di Korea Selatan

33 penumpang maut apabila bas bertembung trak di Zambia

LUSAKA: Sekurang-kurangnya 33 penumpang termasuk enam kanak-kanak maut apabila bas yang mereka naiki bertembung trak kira-kira 300 kilometer ke timur ibu negara Zambia, Lusaka, pagi tadi.

Jurucakap polis, Ndandula Siamana, berkata kerakyatan mangsa nahas bas laluan Zambia-Malawi itu belum dapat disahkan.
Siamana berkata, trak berkenaan terbakar selepas perlanggaran itu.
“Kami masih menyiasat punca kemalangan dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci selepas ini,” katanya.

Jalan raya di Afrika Selatan dianggap sangat berbahaya manakala bas dan kenderaan lain sering membawa lebih muatan serta tidak diselenggara dengan baik. - Reuters
Berita Harian Online | 33 penumpang maut apabila bas bertembung trak di Zambia

Sekutu Hamid Karzai dibom

Ghulam Haidar Hameedi maut ketika berbincang di Kandahar

KANDAHAR: Datuk Bandar Kandahar yang juga sekutu rapat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai terbunuh dalam serangan bunuh diri di sini semalam, pembunuhan politik terbaru di selatan negara itu.

Pembunuhan itu berlaku dua minggu selepas adik lelaki Karzai yang berpengaruh ditembak mati di bandar ini dan ia juga menjadi halangan besar bagi Amerika Syarikat dan tentera asing yang lain untuk berundur dari bandar yang berdepan dengan pengaruh kuat Taliban.
Pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan yang disorok dalam serban dan membunuh Datuk Bandar, Ghulam Haidar Hameedi yang ketika itu sedang berbincang dengan penduduk tempatan di halaman dewan bandaran Kandahar, kata ketua polis Abdul Razeq memberitahu AFP.
Mereka yang terbabit dalam mesyuarat itu berkata, Hameedi sedang membincangkan mengenai pertelingkahan tanah dengan penduduk selepas beliau mengarahkan untuk merobohkan sesetengah penempatan haram dan dua kanak-kanak dilaporkan maut semasa kerja meruntuhkan itu Selasa lalu.

Taliban yang mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman itu berkata, sukarelawan pengebom bunuh diri tampil selepas kematian kanak-kanak dan mendakwa seorang perempuan turut terbunuh.

“Dalam serangan bunuh diri oleh sukarelawan di Kandahar, Datuk Bandar Hameedi...dibunuh,” kata jurucakap Taliban, Qari Yosuf Ahmadi dalam pesanan ringkas kepada AFP.

Kandahar, bandar kediaman keluarga Karzai dan kawasan pertumpahan darah yang berlarutan sejak berdekad, menjadi kawasan panas berikutan permusuhan puak.
Penganalisis yang berpangkalan di Kandahar, Yunos Fakoor berkata Hameedi yang tinggal beberapa tahun di Amerika Syarikat sehingga memegang jawatan datuk bandar pada 2006, mempunyai reputasi memerangi rasuah di wilayah itu dan dan juga adalah sekutu penting Karzai. – AFP
Berita Harian Online | Sekutu Hamid Karzai dibom

Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah



Nik Khairul Zaman Zahari menyusun kotak sebelum dijual bagi menyara keluarganya di Kampung Cina, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 27 Julai - Akibat kemiskinan, seorang pelajar tingkatan empat, Nik Khairul Zaman Zahari, 16, terpaksa berhenti sekolah bagi membantu bapanya menyara keluarga dengan mengutip barangan terbuang sekitar bandar ini.

Remaja terbabit berhenti sekolah awal tahun ini bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh masa dengan 'kerjaya' tersebut dan memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jika sebelum ini, dia bangun pagi untuk ke sekolah, namun kini rutin hidup anak sulung daripada tiga beradik berusia antara satu hingga 16 tahun itu berubah apabila sebelah pagi membantu ibunya, Nik Suriani Deris, 37, menghantar adiknya berusia lapan tahun yang menghidap sakit sawan ke sebuah sekolah pendidikan khas.

Pada sebelah petang, dia mengutip barangan terbuang seperti kotak dan botol-botol sekitar bandar ini, sebelum dijual kepada peraih.

"Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga mencari rezeki halal dengan mengutip kotak dan barangan terbuang.

"Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cina dekat sini, semalam.

Menurut Nik Khairul, tekanan hidup yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia tidak lagi bersemangat untuk meneruskan persekolahan, ditambah pula dengan prestasi pelajarannya yang semakin merosot.

Lantaran itu, katanya, dia sanggup mengorbankan masa depan demi membantu bapanya, Zahari Musa, 43, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan.

"Emak saya tidak bekerja dan terpaksa menjaga adik-adik yang salah seorang daripadanya mengalami penyakit sawan," katanya.

Sementara itu, Nik Surina mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh hasil jualan barangan terbuang itu sedikit sebanyak telah membantu keluarga.

"Saya tidak tahu nak cakap apa lagi, dia sudah tidak mahu ke sekolah. Lagi pun yuran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tidak dapat ambil.

"Mujurlah anak kedua saya masih bersekolah dan dia menerima bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM500 setahun," katanya.

Utusan Malaysia Online - Timur

Polis rakam percakapan pengawal peribadi Anwar



Fayyadh Afiq AlBakqry


KUALA LUMPUR 27 Julai - Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq AlBakqry hari ini hadir di Balai Polis Travers, Brickfields untuk dirakam percakapan berhubung laporan polis yang dibuat Rabu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Fayyadh hadir kira-kira pukul 2.30 petang dan ditemani dua peguamnya, N. Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.

Menurut Fadiah Nadwa, Fayyadh telah dirakam percakapan oleh seorang pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ari Krishnan kira-kira dua jam.

Pada Rabu lalu, Fayyadh membuat laporan mendakwa polis menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan haram Bersih di ibu negara sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di tulang pipinya

Fadiah Nadwa berkata, apa yang diharapkan, polis dapat menyiasat kes ini secara telus kerana Fayyadh merupakan satu-satunya saksi utama dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Sementara itu, Surendran turut diminta untuk dirakam percakapan berhubung kenyataannya dalam satu portal propembangkang baru-baru ini.

Surendran dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan-kenyataan yang mungkin menyebabkan ketakutan dan menggugat ketenteraman awam.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa


BATU PAHAT 27 Julai - "Arwah pernah meminta ayahnya memasukkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun untuk membayar yuran pengajian tetapi permintaannya itu tidak sempat ditunaikan".

Demikian kata seorang ahli keluarga kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Kyushu, Fukuoka, Jepun, Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Taman Perdana di sini yang ditemui mati di Pattaya, Thailand Sabtu lalu.

Menurut sebuah akhbar tempatan, empat hari sebelum penemuan mayat itu, keluarga arwah telah membuat laporan berhubung kehilangannya.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, bapa arwah mahu memasukkan wang yang diminta itu kelmarin, tetapi berita penemuan mayat arwah membatalkan hasrat tersebut.

Menurutnya, ibu arwah baru meninggal dua bulan lalu, manakala bapanya ialah seorang guru.

Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bakal menamatkan pengajiannya pada April tahun depan.

Suasana sepi menyelubungi kediaman arwah di sini, namun hampir kesemua ahli keluarga terdekat yang hadir menanti jenazah dibawa pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) enggan ditemu bual pemberita.

Menurut ahli keluarga itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Banang di sini, malam ini.

Akhbar pattayaone.net menyatakan siasatan Polis Thailand mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat 14, Kondominium Niran Grand di Soi Arunothai, Pattaya.

Turut dilaporkan, polis negara itu menemui pelbagai barangan peribadi milik mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di salah sebuah unit di aras sama.

Butiran yang tertera pada tiket itu menunjukkan mangsa sepatutnya pulang ke Malaysia sehari sebelum mayatnya ditemui.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Beng Hock: SPRM teliti cadangan suruhanjaya


PUTRAJAYA 27 Julai - Jawatankuasa Eksekutif Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang buat pertama kali bersidang di sini hari ini bersetuju meneliti cadangan-cadangan penambahbaikan yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock.

SPRM dalam kenyataan akhbar hari ini memberitahu, jawatankuasa itu juga bersetuju dengan cadangan untuk melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara bagi membincangkan dan membuat rumusan ke atas cadangan penambahbaikan berkaitan.

''Seramai tujuh daripada sembilan ahli jawatankuasa tersebut telah menghadiri mesyuarat kali pertama itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

''Antara mereka yang hadir adalah wakil Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), D. Ravindran dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan (juga merupakan ahli Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, Datuk Abdul Kadir Sulaiman," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu akan berfungsi secara sementara bagi tempoh enam bulan dan akan bersidang sekali dalam tempoh dua minggu.

Ia akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi struktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan dan memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik.

Selain itu ia juga akan memperhalusi usaha sedia ada SPRM bagi mengesan kelemahan serta mengambil tindakan pemulihan segera serta akan melihat secara keseluruhan struktur dan mengkaji semula semua sistem dan prosedur operasi masa kini.

Kenyataan itu memberitahu, mesyuarat pertama itu turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tan Sri Rashpal Singh; Pengerusi Jawatankuasa Aduan, Datuk Mohd. Nor Abdullah dan Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Datuk Seri Azman Ujang.

''Anggota lain ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Sutinah Sutan," katanya.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Permohonan Anwar didengar 3 Ogos


KUALA LUMPUR 27 Julai – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Rabu depan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemubual lima saksi dalam kes liwat yang dihadapinya sebelum beliau memberi keterangan membela diri pada 8 Ogos ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam S.N. Nair yang mewakili Ketua Pembangkang itu menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini.

Permohonan tersebut yang akan didengar oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, difailkan melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi semalam.

Lima saksi yang ingin dipanggil untuk ditemubual oleh pasukan pembelaan Anwar ialah pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Abd. Hamid; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permohonan itu dikemukakan dengan alasan bahawa pihak pendakwaan diwajibkan di sisi undang-undang untuk memastikan kehadiran kesemua saksi itu ke mahkamah atas kos pendakwaan bagi tujuan ditemu bual.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan tersebut, Anwar menyatakan bahawa pasukan pembelaannya bercadang memanggil 25 daripada sejumlah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Setakat ini, katanya, hanya lima individu telah ditemu bual iaitu doktor di Hospital Pusrawi, Dr. Mohammad Osman Abdul Hamid; kenalan keluarga Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Datuk Mumtaz Jaafar; pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Profesor Madya Khairil Annas Jusoh; dan pegawai perubatan pertama yang ditemui pengadu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. J. Anantha Raj Daniel.

Afidavit itu juga menyatakan, melalui surat yang diterima oleh Nair daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu memaklumkan bahawa Najib, Rosmah, Musa dan Mohd. Rodwan tidak mahu ditemubual tetapi akan hadir di mahkamah sekiranya mereka disapina.

Surat tersebut turut menyatakan bahawa Hasanuddin tidak bersedia untuk ditemubual oleh pasukan pembelaan kecuali melalui peguam beliau.

Pada 13 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memerintahkan Anwar mula memberi keterangan bela diri atas pertuduhan liwat mulai 8 hingga 26 Ogos ini setelah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Polis cari kaitan Breivik dengan pelampau UK


OSLO 27 Julai - Perkhidmatan Keselamatan Polis (PST) Norway masih belum menemui sebarang bukti yang mengaitkan suspek serangan berkembar di Oslo, Anders Behring Breivik dengan pelampau berhaluan kanan di United Kingdom.

Ketuanya, Janne Kristiansen berkata, pihaknya buat masa ini percaya, suspek yang membunuh sekurang-kurangnya 76 mangsa dalam dua serangan itu bertindak sendirian.

"Buat masa ini kami masih belum menemui sebarang bukti yang menunjukkan suspek mempunyai kaitan dengan pergerakan atau jaringan lain," katanya kepada BBC di sini hari ini.

Breivik yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan melalui manifesto '2083: Perisytiharan Kemerdekaan Eropah' tulisannya mengakui, dia ada bertemu kumpulan berhaluan kanan di United Kingdom sembilan tahun lalu.

Kristiansen dalam pada itu memberitahu, dia tidak merasakan Breivik, 32, seorang lelaki yang 'tidak siuman' seperti yang dikatakan peguam suspek Geir Lippestad, tetapi lebih bersifat jahat dan suka meraih perhatian ramai.

Lippestad terdahulu dilaporkan berkata, adalah terlalu awal untuk menyatakan anak guamnya gila semasa perbicaraan walaupun 'keseluruhan kes menunjukkan suspek tidak siuman'.

"Dia percaya dia sedang berperang dan dia yakin apabila bertempur anda boleh lakukan serangan seperti itu tanpa mengaku bersalah," kata peguam itu kepada wartawan.

Sementara itu, polis Norway semalam mula mengeluarkan nama mangsa yang terbunuh dalam serangan berkembar Oslo di laman webnya.

Empat mangsa awal dikenal pasti sebagai Gunnar Linaker, 23; Tove Ashill Knutsen, 56; Hanna M Orvik Endresen, 61; dan Kai Hauge, 32.

Ketua Polis Sveinung Sponheim berkata, nama-nama mangsa akan dikeluarkan secara berperingkat setiap hari sehingga semua yang maut dikenal pasti. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Dua juta dijangkiti hepatitis B, C



UJIAN darah adalah cara untuk mengesan hepatitis. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap risiko penyakit hepatitis B dan C yang mempunyai risko kematian yang tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati masih rendah walaupun jumlah penghidap dianggarkan hampir dua juta orang.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, hasil kajian Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), seramai 1.4 juta adalah penghidap hepatitis B manakala lebih 560,000 lagi atau dua peratus daripada penduduk Malaysia dijangkiti hepatitis C kronik yang lebih berbahaya.

Jumlah pesakit itu bersamaan dengan tujuh peratus penduduk Malaysia.

Beliau berpendapat, bilangan pesakit yang ramai disebabkan kealpaan orang ramai yang hanya mahu melakukan pemeriksaan kesihatan apabila timbul tanda-tanda dijangkiti penyakit berkenaan.

"Orang ramai lebih takut kepada virus HIV walaupun pada hakikatnya virus hepatitis B dan C lebih mudah dijangkiti, sama ada melalui jarum suntikan, hubungan seks mahupun melalui ibu kepada bayinya yang baru lahir.

Kosmo! Online - Negara

Bekas tunang Hefner dedah punca berpisah

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Bekas model majalah bogel Playboy, Crystal Harris membuat pendedahan mengejutkan apabila dia mengaku langsung tidak bernafsu terhadap bekas tunangnya yang juga pengasas majalah dewasa berkenaan, Hugh Hefner, lapor sebuah akhbar semalam.

Crystal, 25, dan Hefner 85, mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2010.

Bagaimanapun, pasangan itu membatalkan perkahwinan mereka beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diadakan selepas Cyrstal berubah hati.

Ketika membincangkan kisah asmara mereka dalam program bual bicara Howard Stern Show, Crystal berkata, hubungan asmara dengan Hefner berlangsung 'cuma dua saat' dan langsung tidak memuaskan.

"Selepas itu, saya serik. Saya langsung tidak bernafsu terhadap Hefner, maaf," katanya.

Menjawab komen memalukan itu di akaun Twitternya, Hefner berkata: "Crystal melakukan wawancara gila bersama Stern pada hari ini yang tidak menggambarkan realiti. Adakah dia cuba menggoda seorang teman lelaki baharu?"

Dalam temu bual yang sama, wanita itu bertegas bahawa dia tidak pernah curang terhadap Hefner.

Namun, dia bertindak membatalkan upacara perkahwinan mereka kerana menganggap berkahwin dengan pengasas Playboy itu bukan satu tindakan yang wajar. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, July 27, 2011

Cari bapa wali perkahwinan



KUANTAN – Seorang ibu resah memikirkan perkahwinan anaknya yang bakal berlangsung September ini setelah bekas suaminya gagal dijejaki selepas berpisah 25 tahun lalu.

Saheda Ahmad,43, ibu kepada Susilawati Ruslan, 25, buntu apabila wali anaknya itu gagal dikesan dan ia akan menyukarkan proses perkahwinan.

Bekas suami Saheda, Ruslan Abdullah, 47, yang berasal dari Kelantan berpisah dengannya ketika Susilawati masih kecil lagi, malah anaknya itu tidak pernah melihat wajah bapanya.

“Sudah puas saya menjejaki bekas suami ini kerana segala persiapan sudah diatur, tetapi wali masih belum ditemui.

“Saya bersama suami sekarang ini buntu memikirkan tarikh perkahwinan yang semakin hampir iaitu 26 September ini,” katanya.

Selain itu, anak tunggalnya itu yang turut bertugas sebagai guru di Sarawak amat berharap agar bapa kandungnya itu dapat hadir dan mewalikannya pada hari perkahwinan nanti.

“Biarpun tidak pernah melihat wajah ayahnya itu, tetapi saya sebagai ibu berharap agar majlis perkahwinan anak saya ini berjalan lancar.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat berjumpa sekali semasa hari bersejarah ini dan memperbaiki keadaan lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Saheda sendiri tidak pasti sama ada bekas suaminya itu dikatakan masih berada di bandar ini atau sudah pulang ke kampung halaman selepas berpisah.

Sehubungan itu, Saheda berkata, dia meminta bekas suaminya dapat memberi kerjasama untuk menjadi wali perkahwinan anak atau menghubunginya di talian 013-9925868 atau 017-5771452.
SH

Nato semakin ganas



ZLITAN - Seramai lapan orang terkorban selepas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bertindak ganas melancarkan lagi serangan udara ke atas sebuah klinik dan gudang bekalan makanan di bandar Zlitan, Ahad lalu.

Namun, Nato masih menafikan, kononnya serangan mereka tidak menyasarkan orang awam sebaliknya markas tentera milik barisan pertahanan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di kawasan yang terletak kira-kira 140 kilometer dari timur Tripoli itu.

Bagaimanapun, stesen televisyen tempatan, memaparkan bukti kekejaman kuasa Barat tersebut selepas penemuan mayat seorang kanak-kanak di tempat kejadian.

Kesemua peralatan yang terdapat di sebuah klinik dan struktur bangunan gudang di kawasan itu didakwa terbakar dan musnah teruk.
SH

Lebih baik guna dakwat; Nik Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya bersetuju dengan pendirian Pas Pusat menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya.

Beliau berkata, kenyataan beliau tiga hari lalu menyokong biometrik dengan syarat, iaitu selagi ia tidak menimbulkan keraguan bagi menjamin pilihan raya bersih dan adil.

“Kenyataan saya dua hari lepas dengan syarat, saya kata benda ini kalau timbul keraguan kena tolak dan kebetulan, alhamdulillah kelmarin terdapat kes pengundi bertindih di Selangor.

“500 daripadanya sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), itu baru selangor tak termasuk Kelantan dan negeri-negeri lain, jadi menampakkan memang meragukan,” katanya.

Katanya, penggunaan dakwat seperti yang dicadangkan sebelum ini lebih baik dan selagi biometrik meragukan, ia mesti ditolak.

“Sekiranya UMNO atau Barisan Nasional jadi pembangkang...maka dia akan senyap ke atau bising berhubung nama bertindih ni, dia tetap tidak akan senang juga,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Komplek Kota Darul Naim, di sini semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, sistem biometrik terdedah kepada manipulasi pihak pengendali kerana hanya segelintir sahaja yang mempunyai kepakaran sistem tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penyerahan 500 nama itu merupakan senarai pertama pengundi bertindih iaitu satu nama keluar dua atau tiga kali sebagai pendaftar yang sudah pastinya boleh keluar mengundi lebih dari sekali.

“Pas Selangor mengenal pasti sebahagian orang itu dan orang itu mengaku namanya ada tiga kali dalam senarai. Kita ada banyak senarai, cuma kita mahu melihat apa tindak balas SPR dan yang paling penting, mengapa boleh berlaku pendaftaran bertindih yang mengundang pengundian bertindih?

“Cara paling mudah untuk mengelak masalah ini ialah dengan menggunakan dakwat, biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi dengan pengenalan ibu jari, selepas itu mereka yang bertindih nama boleh mengundi lagi ditempat lain, biometric tidak menghalang orang itu mengundi berkali-kali,” katanya.

Husam berkata, dengan kesan dakwat dia jari, individu itu tidak boleh mengundi lagi.

Pas Pusat katanya, bukan sahaja akan menyerahkan senarai itu kepada SPR malah akan mengadakan persidangan antarabangsa untuk mendedahkan kepincangan tersebut selain mempamerkan senarai nama itu di seluruh negara.

Ketika diminta mengulas kenyataan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin yang mengatakan penggunaan dakwat sesuai untuk negara kurang maju, Husam berkata, apa guna penggunaan teknologi moden kalau penipuan dapat disahkan.

”Amalan kurang maju tidak apa asalkan boleh mengelak penipuan, kita perlu mengakui wujudnya pertindihan nama secara besar-besaran dalam daftar pemilih yang menyebabkan pengundian meragukan.

SH

Mat Sabu pertikai kenyataan polis


KUALA LUMPUR 26 Julai - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kekal dengan pendirian bahawa beliau dilanggar sebuah kereta Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, Mohamad Sabu turut mempertikaikan penjelasan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid bahawa hasil siasatan menunjukkan beliau terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan Salleh itu, Mohamad yang juga lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa, Pengarah KDNKA Bukit Aman tersebut langsung tidak melakukan kajian sebelum membuat kenyataan.

"Saya buat laporan polis tentang kejadian itu (dilanggar) pada 14 Julai. Pengarah KDNKA Bukit Aman memberi penjelasan pada 22 Julai. Laporan polis saya di Dang Wangi saya dilanggar oleh kereta Waja polis bukan Pajero dan saya juga amat kesal soal kesihatan dipermainkan.

"Ini menunjukkan Salleh (Pengarah KDNKA Bukit Aman) langsung tidak membuat homework(kajian) untuk buat kenyataan. Di samping membuat pembohongan, hal kesihatan dimainkan, ini politik paling rendah dibuat di Malaysia," katanya pada sidang akhbar di pejabat agung Pas hari ini.

Rakaman video yang didedahkan baru-baru ini menunjukkan peta perjalanan Mat Sabu yang membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki menggunakan Jalan Maharajalela dari Mandarin Court ke lokasi kejadian di kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan, di sini.

Ia memaparkan motosikal yang dinaiki beliau tidak dilanggar oleh kenderaan polis seperti mana didakwa oleh beliau, sebaliknya beliau terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U di kawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan kesihatan pula menunjukkan tiada kecederaan serius disebabkan kemalangan dan Mat Sabu hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pasangan diraja Monaco saman majalah L'Express



PUTERI Charlene (kiri) dan Putera Albert II melayan kanak-kanak yang menyambut mereka sebaik-baik tiba di Pameran "L'Histoire du Mariage Princier" (Cerita Perkahwinan Putera) sempena perkahwinan pasangan diraja itu di Muzium Oceanographic, Monaco, pada 21 Julai lalu.


MONACO 26 Julai - Pasangan diraja Monaco yang baru berkahwin mengemukakan saman terhadap sebuah majalah Peranchis selepas mendakwa majalah itu menyebarkan khabar angin rumah tangga mereka yang baru dibina sedang bergolak.

Peguam Thierry Lacoste memberitahu AFP, Putera Albert II dan isterinya, Charlene Wittstock atau Puteri Charlene memfailkan tuntutan tersebut terhadap majalahL'Express di sebuah mahkamah di Nanterre, barat Paris.

Lacoste berkata, pasangan diraja berkenaan mendakwa majalah tersebut mencabul hak privasi serta menyebarkan fakta palsu tentang kehidupan peribadi mereka.

Khabar angin itu menyatakan Wittstock cuba meninggalkan Monaco beberapa hari sebelum upacara perkahwinan dan istana serta Putera Albert II telah menafikan berita itu.

Majalah L'Express di laman webnya melaporkan, bekas atlet renang Olimpik itu mengganggu persediaan majlis perkahwinannya pada awal Julai dengan cuba pulang ke tempat asalnya, Afrika Selatan.

Adik kepada Puteri itu semalam berkata, kakaknya 'sangat gembira' dengan perkahwinan tersebut, sekali gus menafikan khabar angin yang menyatakan rumah tangga pasangan itu sedang bergolak.

"Semua orang sibuk membuat spekulasi. Saya yakin kakak saya sangat gembira," kata Sean Wittstock kepada majalah mingguan berbahasa Inggeris paling laris di Afrika Selatan, YOU.

Jelasnya, sebagai penganut Roman Katolik, kakaknya tidak percaya kepada perceraian. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Tentera tahan etnik Uighur



Gambar merakamkan anggota polis bersenjata menggempur balai polis untuk menyelamatkan mangsa tebusan di balai itu semasa berlaku pertempuran antara polis dan etnik Uighur di Hotan, Xinjiang pada 18 Julai lalu. - reuters


WASHINGTON 26 Julai - Pemimpin Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan berpuluh-puluh penduduk etnik itu yang dikatakan cedera ketika bertempur dengan polis di wilayah Xinjiang, barat China, baru-baru ini dan kemudian ditahan.

Presiden Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu berkata, kira-kira 70 penduduk Uighur yang cedera dipindahkan dari hospital awam ke sebuah hospital penjara tentera berikutan pertempuran di bandar terpencil Hotan pada 18 Julai lepas.

"Polis mengumpulkan kesemua penduduk (yang cedera) tersebut dan membawa mereka ke sebuah hospital penjara tentera.

"Adalah jelas apabila seseorang penduduk Uighur yang cedera dibawa ke hospital tentera, dia akan keluar sebagai mayat," kata Kadeer.

Katanya, penduduk Uighur sudah lama membangkitkan aduan mengenai penjara tentera.

Beliau mendakwa, tahanan pada masa lalu dibunuh dan organ diambil daripada mayat mereka.

Media kerajaan China berkata, 18 orang terbunuh dalam serangan 'pengganas' ke atas sebuah balai polis di Hotan.

Sekumpulan penduduk menyerang balai polis itu dan membunuh empat orang sebelum polis 'menembak mati' penyerang, lapor media kerajaan.

Kadeer mempertikaikan laporan itu dengan berkata, penduduk Uighur pergi ke balai polis tersebut dan cuba menahan anggota polis dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka yang hilang.

Beliau mempertahankan tindakan penduduk terlibat dan tidak menganggapnya sebagai perbuatan keganasan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

China larang wartawan siasat punca nahas kereta api


BEIJING 26 Julai - China melarang wartawan tempatan menyiasat punca perlanggaran dua buah kereta api berkelajuan tinggi di bandar Wenzhou, pada Sabtu lalu yang mengakibatkan 43 maut, sementara lebih 200 lagi cedera.

Menurut laman web berita China Digital Times, arahan tersebut dikeluarkan jabatan propaganda China pada Ahad lalu selepas insiden berkenaan mencetuskan kemarahan orang awam dan menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan rangkaian kereta api laju di negara ini.

"Kerajaan mengarahkan media memetik maklumat yang dikeluarkan pihak berkuasa dan bukan menjalankan wawancara bebas," menurut arahan tersebut yang turut disiarkan beberapa blog China.

Arahan itu juga menyatakan, pemberita perlu mengutamakan 'berita-berita menyentuh hati' seperti pertambahan mendadak pihak yang sedia menderma darah atau perkhidmatan teksi percuma yang ditawarkan berbanding menyiasat punca sebenar nahas.

Halaman muka depan laman web berbahasa Inggeris itu hari ini yang bertajuk 'Kemarahan Memuncak Ekoran Kekurangan Penjelasan' telah meningkatkan lagi kemarahan orang ramai yang menyifatkan insiden tersebut boleh dielakkan.

Perkara sama turut dibangkitkan lidah rasmi kerajaan, China Daily yang melaporkan artikel 'persoalan yang tidak terjawab' tentang mengapa pemandu tren kedua tidak diberi amaran berhubung keadaan tren pertama yang berhenti.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pengangkutan Kereta Api China hari ini mengarahkan satu kempen keselamatan melibatkan pemeriksaan sistem pengakutan itu dijalankan selama dua bulan di negara ini.

Menurut laporan akhbar People's Daily, Menterinya, Sheng Guangzu turut meminta maaf di atas insiden itu, tetapi beliau tidak menjelaskan mengapa tren kedua tidak diberi amaran mengenai tren pertama yang berhenti di landasan.

Kerajaan juga katanya bakal membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dengan sebuah keluarga dari Fuzhou, timur wilayah Fujian menjadi penerima pertama menerima bayaran sebanyak 500,000 yuan (RM232,500) hari ini. - AFP/AP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Lebih 100,000 peringati mangsa serangan



Hampir 150,000 orang berhimpun do Oslo, semalam sambil membawa jambangan bunga sebagai memperingati mangsa serangan seorang fanatik Kristian di minggu lalu. - afp


OSLO 26 Julai - Lebih 100,000 penduduk Norway membanjiri tengah Oslo, semalam untuk memperingati mangsa-mangsa serangan ganas oleh seorang fanatik Kristian pada minggu lalu.

Perhimpunan itu berlangsung hanya beberapa jam selepas suspek, Anders Behring Breivik memberitahu mahkamah, dia mempunyai rangkaian rakan subahat yang bergerak aktif.

Breivik, 32, yang telah mengaku bertanggungjawab melakukan keganasan tersebut, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di mahkamah dan diperintah ditahan reman selama lapan minggu sementara siasatan mengenai serangan bom dan senjata api yang meragut 76 nyawa itu diteruskan.

Polis semalam menurunkan angka kematian daripada 93 kepada 76 orang selepas mengaku tersilap mengira mangsa yang maut dalam tembakan di pulau Utoya.

Ketika beribu-ribu rakyat Norway yang membawa bunga berarak perlahan-lahan di pusat bandar sebagai tanda kesedihan dan sokongan terhadap mangsa, bapa Breivik sendiri berkata, anaknya itu sepatutnya membunuh diri dan bukan melepaskan kemarahan terhadap orang tidak bersalah.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg mengaku negara ini akan mengalami kesan berkekalan daripada letupan bom kereta di Oslo dan tembakan rambang di sebuah pulau berdekatan pada Jumaat lepas, tetapi berjanji untuk memastikan Norway akan terus menjadi sebuah masyarakat terbuka.

"Kejahatan boleh membunuh seseorang tetapi tidak mampu membunuh sebuah bangsa," katanya kepada orang ramai.

Sementara itu ketua Perkhidmatan Keselamatan Polis (PST) Norway, Janne Kristiansen berkata, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran mengenai Breivik pada Mac lalu kerana dia didapati membeli bahan kimia dari sebuah firma Poland, tetapi insiden itu dianggap terlalu kecil untuk mewajarkan tindakan susulan.

Breivik berharap untuk menggunakan kehadiran pertamanya di mahkamah sebagai platform bagi menjelaskan tindakannya kepada orang ramai, tetapi hakim memutuskan sebutan kes itu diadakan secara tertutup dan beliau turut menghalang suspek daripada memakai uniform di mahkamah.

Hakim Kim Heger berkata, Breivik akan diletakkan dalam tahanan seorang diri pada separuh pertama tempoh tahanan reman selama lapan minggu itu.

Heger berkata, Breivik yang menganggap dirinya sebagai pejuang salib memberitahu mahkamah dia mahu penjajahan orang Islam di Eropah ditamatkan.

Sebelum serangan itu, Breivik menulis sebuah manifesto setebal 1,500 muka mendakwa dirinya sebagai satu daripada 80 'unit berani mati solo' yang direkrut di seluruh Eropah Barat untuk menggulingkan mana-mana kerajaan yang bertoleransi terhadap Islam. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Beli 1985, siap 2012


Projek perumahan Taman Desa Mesra yang terbengkalai  lebih 20 tahun  dijangka siap  Ogos tahun depan.
Projek perumahan Taman Desa Mesra yang terbengkalai lebih 20 tahun dijangka siap Ogos tahun depan.


Perumahan Taman Desa Mesra disambung semula pembinaan Jun lalu

KUANTAN: Gembira bercampur sedih. Hanya itu yang mampu diluahkan pembeli rumah Taman Desa Mesra, Kampung Permatang Badak dekat ini, apabila projek yang terbengkalai lebih 20 tahun itu disambung semula pembinaan Jun lalu.

Gembira kerana penantian sekian lama kira-kira 22 pembeli rumah dijangka berakhir apabila projek terbengkalai itu dijadualkan siap pada Ogos tahun depan.
Sedih kerana ada di antara pembeli asalnya sudah meninggal dunia dan tidak sempat menduduki rumah diidamkan, manakala sesetengah lagi sudah pun bersara daripada perkhidmatan.
Sebanyak 252 unit rumah Projek Perumahan Taman Desa Mesra di Kampung Permatang Badak di sini, terbengkalai beberapa kali berpunca daripada kelemahan pengurusan pemajunya.

Rohani Ali, 56, balu kepada seorang pembeli rumah projek itu, Salleh Said yang meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu terkilan dan sedih kerana arwah suaminya tidak sempat untuk menduduki rumah baru.

"Memang sedih kerana arwah sudah tiada tetapi pada masa sama tetap bersyukur kerana akhirnya saya diberitahu rumah dibeli akan siap tidak lama lagi.
"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan projek yang terbengkalai,” katanya.
Ramli Bakar, 62, pula berkata beliau membeli rumah berkenaan pada 1985 ketika masih berkhidmat dengan FELDA.

"Seperti saya, kebanyakan rakan yang membeli rumah ini sudah pencen kerana projek ini terbengkalai sejak 1985 tetapi diteruskan semula pada tahun 1997 dan terbengkalai buat kali kedua setahun kemudian,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Amat Nooh Mohd Yaacob, 51, berkata beliau antara percaya dan tidak percaya apabila dimaklumkan projek itu akan diteruskan semula.
"Saya beli rumah itu pada 1999, iaitu selepas projek itu 17 tahun itu terbengkalai dan selepas saya beli, ia terbengkalai lagi.

"Saya hanya sempat membayar pendahuluan RM2,000 dan terpaksa membatalkan pinjaman kerana tidak lama selepas itu, projek itu terbengkalai lagi," katanya.
Beliau bersyukur diberitahu ia akan diteruskan semula dan tawaran rumah itu pada harga asal.

Bagaimanapun, katanya, beliau agak rungsing bagi memikirkan bagaimana mahu menjelaskan pinjaman perumahan kerana sudah mencecah usia 50 tahun.

Sementara itu, tinjauan edisi Timur mendapati kerja pembinaan rancak dijalankan di Taman Desa Mesra.

Papan tanda projek itu dilaksanakan Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan menunjukkan projek itu bermula pada 15 Jun lalu dan dijangka siap pada 15 Ogos tahun depan. Berita Harian Online | Beli 1985, siap 2012

Kes pembunuhan Sosilawati Lawiya: Kayu kriket, kesan darah ditemui

Tertuduh beritahu abu mayat mangsa dibuang dalam Sungai Panchau: Saksi

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, kayu kriket, sampel tanah berbau petrol dan tong berisi cecair letupan antara barang yang ditemui di ladang di Lot 2001, Kampung Layang, Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 12 September 2010.

Pegawai Soal Siasat Bukit Aman, Cif Inspektor N Govindan, 45, berkata, beliau bersama Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ishak, pegawai forensik dan anggota polis serta tertuduh ketiga, R Matan, tertuduh keempat, R Khatavarayan dan saksi pendakwaan ke-29, U Suresh ke ladang berkenaan pada hari berkenaan.

Katanya, sebelum itu pada jam 8.10 pagi, beliau ada menemubual Khatavayaran untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mereka ke ladang itu dengan berpandukan ketiga-tiga lelaki berkenaan.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui penyodok tanah, serpihan tulang, sembilan kesan darah, enam kesan timbul cap jari, tujuh keratan potongan dawai, dua puntung rokok, satu kayu kriket, sampel tanah berbau petrol, satu tong berisi cecair letupan serta sarung dan potongan kusyen yang ada kesan darah,” katanya.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Menjawab soalan pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Saiful Edris Zainuddin, Govindan berkata, selepas penemuan itu beliau menemubual Khatavayaran dan dengan berpandukan maklumat Khatavarayan serta tertuduh kedua, T Thilaiyagan, pasukannya pergi ke Sungai Panchau, berdekatan dengan paip besar.

Katanya, hasil pencarian pegawai forensik dan penyelam, mereka menemui pisau berhulukan besi berukuran 33 sentimeter, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, lapan gelung dawai, tiga serpihan dawai, beberapa keping logam, beberapa anak kunci serta satu karung plastik bertulis ‘Tapioca Starch Super High Grade 50 kg’.
Beliau berkata, gelung dawai itu mempunyai kesan karat dan terbakar, manakala serpihan logam ada kesan karat.

Katanya, pada petang sama, Thilaiyagan dan Khatavayaran juga membawa polis ke kawasan kunci air di Pasar Besar Banting dan pemeriksaan di kawasan itu menemukan dua telefon bimbit BlackBerry Bold.

Selain itu, katanya, Suresh turut membawa mereka ke sebuah longkang di USJ1, Subang Jaya dan anggota penyelam menemui kunci kereta BMW.

Menjawab soalan Saiful, Govindan berkata, Khatavayaran memberitahunya pada jam 3 petang, 12 September 2010 bahawa abu mayat dibuang di Sungai Panchau dan dia (tertuduh) boleh menunjukkan tempat itu.

Saiful: Bagi penemuan telefon bimbit Blackberry putih dan hitam?

Govindan: Tertuduh keempat cakap: “Saya buang berhampiran Pasar Banting telefon bimbit mangsa, kunci air Pasar Besar Banting.” Sampai di situ, tertuduh sekali lagi cakap: “Di sini telefon dibuang, kunci air.”

Saiful: Pada jam 3 petang, 13 September 2010, kamu beritahu mengenai penemuan jam tangan oleh tertuduh keempat?

Govindan: Tertuduh cakap: “Kami buang tiga jam tangan mangsa berhampiran Kampung Endah, kami boleh tunjuk.” Setibanya di situ, dia cakap: “Di sini kami buang jam tangan.”

Saiful: Mengenai sisa bakaran kayu, pada jam 3 petang, apa yang diberitahu tertuduh kedua?

Govindan: “Kami buang kayu digunakan untuk bakar mangsa di kelapa sawit Sungai Arak.” Sampai di situ, tertuduh cakap: “Kayu ini digunakan bakar mereka.”

Saiful: Pada jam 5 petang, 14 September 2010, apa pernyataan mengenai penemuan zink dan siapa beritahu kamu?

Govindan: Thilaiyagan. Dia cakap: “Saya dan Suresh alas enam zink untuk bakar mereka, dibuang (zink) di satu sungai di ladang sawit. Saya boleh tunjuk tempat itu. “Ketika sampai di situ, Thilaiyagan dan Suresh turun dari van sambil tunjuk ke arah sungai dan cakap: “Di sini kami buang enam zink itu.”

Perbicaraan bersambung hari ini.
Berita Harian Online | Kes pembunuhan Sosilawati Lawiya: Kayu kriket, kesan darah ditemui: "2011/07/27"