NEW DELHI - Bekas menteri kewangan Pranab Mukherjee dilantik sebagai Presiden India ke-13, kelmarin, selepas proses pengiraan kertas undi berakhir dan disahkan oleh penggubal undang-undang negara.
Tokoh politik berusia 76 tahun itu berjaya menewaskan pencabar terdekat yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat, Purno Agitok Sangma, 64, dengan memperoleh majoriti 527 daripada 748 undi.
Pranab akan menggantikan Presiden wanita pertama, Pratibha Patil, yang tempoh penggal lima tahunnya berakhir Rabu ini.
Penganalisis percaya Pranab, yang mewakili parti Kongres itu, mampu mengambil pendekatan proaktif untuk menangani isu pengangguran dan masalah kelembapan ekonomi.

No comments:
Post a Comment