KUALA LUMPUR – Lebih 15 juta pemegang akaun bank di Malaysia kini berada dalam ketakutan ekoran insiden be Mesin Teler Automatik (ATM) digodam dengan mudah oleh sekumpulan penjenayah asing untuk tujuan mencuri wang pada Sabtu dan Ahad lalu.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pemegang akaun bank berasa bimbang bank-bank tidak dapat memberi jaminan keselamatan ke atas wang simpanan mereka.
“Dahulu penjenayah menggunakan bom buatan sendiri untuk membawa lari wang daripada mesin ATM. Namun, kini mereka boleh melakukannya dengan mudah menggunakan virus komputer untuk mencuri wang sehingga berjuta-juta ringgit.
“Situasi itu mencetuskan ketakutan orang ramai berhubung jaminan keselamatan wang simpanan mereka kerana ia menunjukkan seolah-olah sistem keselamatan bank kita tidak kukuh dan lemah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3Eq7elCbQ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment