Wednesday, October 1, 2014

AS catat kes suspek Ebola



BEBERAPA petugas kesihatan mengeluarkan mayat seorang mangsa Ebola dari sebuah rumah di Monrovia, Liberia kelmarin.


DALLAS - Seorang pesakit di sebuah hospital di sini menunjukkan simptom jangkitan virus Ebola dan diasingkan sementara menunggu keputusan ujian kesihatan, kata beberapa pegawai kesihatan kelmarin.
Hospital Kesihatan Presbyterian Texas di sini memberitahu, simptom dan maklumat perjalanan pesakit menunjukkan kes Ebola, wabak yang membunuh lebih 3,000 orang di Afrika Barat.
Virus maut itu turut menjangkiti segelintir warga Amerika Syarikat (AS) yang berkunjung ke rantau berkenaan. Jurucakap hospital berkenaan, Candace White enggan menjawab sebarang soalan tentang pesakit atau lokasi yang pernah dilawatinya.
Institut Kesihatan Kebangsaan AS baru-baru ini merawat seorang doktor AS yang dijangkiti Ebola semasa menjadi sukarelawan di Sierra Leone.
Empat pesakit lain telah dirawat di beberapa buah hospital di Georgia dan Nebraska.
Menurut pihak berkuasa AS, simptom Ebola termasuk demam, sakit otot, muntah, pendarahan dan berlarutan selama 21 hari selepas dijangkiti virus itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Eq76seLY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment