Wednesday, October 1, 2014

Gelang tangan untuk pelancong di Thailand


1 Oktober 2014


BANGKOK - THAILAND . Menteri Pelancongan Thailand memberitahu gelang tangan pengenalan diri akan diedarkan kepada pelancong susulan pembunuhan dua pelancong Britain awal bulan ini.

Menteri Pelancongan dan Sukan Kobkarn Wattanavrangkul berkata, beliau telah bertemu dengan pihak hotel berhubung pengedaran gelang tersebut bagi membantu pelancong yang menghadapi masalah.

“Apabila pelancong daftar masuk ke hotel, mereka akan diberi gelang tangan dengan nombor siri yang sepadan dengan pengenalan diri dan maklumat tempat penginapan untuk dihubungi. Sekiranya mereka pulang lewat, mabuk atau hilang mereka boleh dibantu dengan mudah,”katanya, menurut laporan Reuters.

Menurutnya lagi, langkah berikutnya ialah penggunaan peranti pengesan elektronik tetapi ia belum dibincang dengan lebih terperinci.

No comments:

Post a Comment