Wednesday, October 1, 2014

Perkahwinan Clooney bernilai RM42.5 juta


GEORGE Clooney (kanan) dan Amal Alamuddin. - AGENSI
ROM 30 Sept. - Perkahwinan aktor, George Clooney dan Amal Alamuddin pada Sabtu lalu menelan kos sebanyak AS$13 juta (RM42.5 juta), sekali gus menjadikannya sebagai perkahwinan termewah abad ini.
Majlis perkahwinan aktor terkenal Hollywood dengan peguam hak asasi manusia itu diadakan di Hotel Aman Canal Grande pada majlis penuh romantik di sebuah lokasi mewah di Venice dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Menurut laman web nydailynew.com, pasangan itu menempah sebuah hotel mewah dan menyediakan pesawat khas bagi membawa tetamu jemputan dari Lebanon dan Amerika Syarikat (AS) serta menghidangkan makanan mewah.
"Perbelanjaan untuk pengangkutan termasuk bilik hotel untuk tetamu sahaja menelan kos sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta)," kata perunding perkahwinan, Tatiana Byron.
Beberapa bintang terkenal seperti Cindy Crawford, Matt Damon, Emily Blunt, Bill Murray dan Luciana Barroso turut dilihat menghadiri hari bersejarah pelakon berusia 54 tahun itu.
"Kami sangat gembira kerana anda hadir menyaksikan hari bahagia kami," tulis pasangan itu dalam satu nota khas yang diletakkan dalam beg hadiah di bilik hotel setiap tetamu yang hadir.
Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Clooney selepas hampir dua dekad menduda, dan yang pertama bagi Alamuddin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141001/lu_06/Perkahwinan-Clooney-bernilai-RM425-juta#ixzz3Eq3N9afS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment