Beijing: Pihak berkuasa China yang cuba menyekat kebanyakan perbincangan dalam talian mengenai perhimpunan prodemokrasi di Hong Kong setakat ini belum menghalang carian untuk “Umbrella Revolution” (Revolusi Payung) nama timangan demonstrasi itu.
Setakat malam tadi, pengguna Internet di China masih mampu mengepos komen masing-masing menggunakan hashtag #Umbrella Revolution dalam bahasa Cina serta Inggeris di laman Sina Weibo milik China.
Beijing menyekat laman sesawang popular seperti Facebook, Twitter dan YouTube kerana bimbang perkongsian imej serta maklumat dalam kalangan lebih 600 juta pengguna Internet negara itu mampu menyebabkan ‘kestabilan sosial’ terganggu.
Payung menjadi simbol pergerakan prodemokrasi di Hong Kong selepas digunakan puluhan ribu penunjuk perasaan sebagai perisai ketika ditembak gas pemedih mata oleh polis antirusuhan pada Ahad lalu.
Sejak itu, pelbagai gambar payung berwarna-warni dimuat naik di laman media sosial di seluruh dunia termasuk Sina Weibo walaupun penggunanya menggunakan nama singkatan untuk Hong Kong bagi mengelak perhatian pihak berkuasa.
“Payunglah perisai kami apabila berdepan musuh yang kuat!” kata seorang pengguna Sina Weibo.
Seorang lagi berkata: “Biar BJ mendapat sinaran #umbrella revolution#” yang jelas merujuk kepada Beijing.
Agak pelik carian Umbrella Revolution masih boleh digunakan di Sina Weibo sedangkan disekat di satu lagi laman popular, Tencent Weibo.
Namun di Sina Weibo Tencent Weibo, hasil carian untuk ‘Occupy Central’ yang merujuk kepada demonstrasi berkenaan menunjukkan laman web yang mengatakan: “Mengikut undang-undang, peraturan dan polisi yang relevan, hasil carian ini tidak boleh disiarkan.” - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/01
No comments:
Post a Comment