Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 6:05 PM
Katanya, beliau juga percaya bahawa Khalid mengetahui tindakan memecatnya dibuat dengan betul dan tidak melanggar Perlembagaan parti.
"Beliau (Khalid) pernah jadi Setiausaha Agung parti. Saya kini ambil tempat beliau dan saya percaya Khalid sendiri menyedari pemecatan ini dibuat ikut Perlembagaan parti.
"Kenapa beliau buat aduan, itu kena tanya Khalid," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, Rabu.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan peguam, Ragunath Kesavan.
Saifuddin berkata, beliau hadir ke pejabat ROS pada Rabu tanpa diberitahu untuk memberi penjelasan mengenai isu atau aduan yang spesifik.
Katanya, surat yang diterimanya hanya menyatakan ia mengenai aduan terhadap Lembaga Disiplin parti tanpa menyatakan butiran lanjut.
Bagaimanapun, selepas bertemu dengan penguatkuasa ROS, baharulah beliau disahkan bahawa ia mengenai aduan Khalid terhadap Lembaga Disiplin PKR.
"Itu soalan pertama yang saya tanya dan pegawai tersebut mengesahkannya dan kemudian jawab semua soalan yang ditanya kepada saya yang lebih menjurus kepada Perlembagaan parti.
"Selepas menjawab kesemuanya saya menandatangani dokumen empat muka surat. Sama ada ROS puas hati atau tidak dengan jawapan saya, saya tak boleh jawab," katanya.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang keluar dari pejabat ROS kira-kira setengah jam kemudian berkata, beliau yakin tindakan memecat Khalid dibuat mengikut Perlembagaan parti.
"Ya," jawabnya ringkas.
Tanpa mengulas lanjut mengenai penjelasan yang diberikan, beliau yakin ROS berpuas hati dengan penjelasan dan jawapan yang diberikan.
"Saya yakin ROS berpuas hati dengan jawapan saya.
"Ada banyak soalan...lebih kurang 20 soalan semuanya," katanya.
Khalid yang dipecat daripada PKR pada pada 9 Ogos lalu mengemukakan aduan mendakwa tindakan memecatnya itu bertentangan dengan Perlembagaan parti.
Beliau meminta ROS menyiasat sama ada Jawatankuasa Disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat menyalahgunakan Perlembagaan parti ketika memecat beliau.
Susulan itu, Kee Kwong dipanggil untuk memberi penjelasan kepada ROS, bulan lalu.
Selain memberi penjelasan, ROS juga meminta Lembaga Disiplin PKR menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti dan buku kehadiran ahli jawatankuasa Pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat.

mstar
No comments:
Post a Comment