Wednesday, October 1, 2014

Jokowi belum tentu jadi presiden


Jakarta: Kurang dari tiga minggu sebelum mengangkat sumpah, nasib Joko Widodo (Jokowi)masih belum selamat ekoran gerakan musuh politiknya masih giat berlangsung untuk menyekat wakil Parti Demokrasi Indonesai Perjuangan itu menjadi presiden.

Beberapa hari lalu Gabungan Merah Putih diketuai Prabowo Subianto berjaya mengembalikan kuasa pelantikan ketua daerah dan gabenor kepada dewan perundangan.


Kini penganalisis berpendapat gabungan parti yang menyokong Prabowo akan berikhtiar mengubah banyak aspek dalam pentadbiran negara.



Pengarah Lingkar Madani Indonesia, Ray Rangkuti berkata kesan pengembalian undang-undang pemilihan ketua kerajaan tempatan mungkin akan lebih meluas.


“Kemungkinan usaha menyingkirkan Jokowi melalui parlimen memang sangat tinggi tetapi sistem yang ada tidak mudah.


“Seseorang presiden hanya boleh diketepikan jika melanggar perlembagaan atau melakukan pengkhianatan,” katanya.

Ray berkata, pelbagai peringkat harus dilalui pihak perundangan jika ingin menyingkirkan bakal presiden ketujuh itu.


“Pertama, presiden berhak diminta memberi penjelasan mengenai sesuatu hal.

“Jika keterangan tidak memuaskan, mereka perlu menulis surat kepada presiden untuk meminta pendakwaan dilakukan tetapi ia harus melalui Mahkamah Perlembagaan terlebih dulu dan mahkamah akan menimbang perkara itu. “Jika alasan yang diberikan kukuh, ahli parlimen boleh mengadakan sidang tergempar untuk mendakwa Jokowi,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/01

No comments:

Post a Comment