Wednesday, October 1, 2014

Polis ‘mogok’ saman pesalah jalan raya


Brussels: Rakyat Belgium yang memandu melabihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar atau meletak kenderaan di tempat larangan boleh menarik tersenyum lebar minggu ini apabila polis negara itu memutuskan untuk menutup mata pada kesalahan yang dilakukan.

Ia adalah sebagai tanda protes pasukan keselamatan berkenaan kepada keputusan kerajaan menaikkan had usia persaraan.


Kerajaan Belgium merancang menaikkan tempoh perkhidmatan daripada 58 tahun kepada 62 tahun dalam usaha menjimatkan perbelanjaan negara.



Namun ia tidak disenangi polis.


Kira-kira 40,000 anggota mengadakan tunjuk perasaan menentang perkara itu di Brussels dua minggu lalu.


Mereka kini mengambil langkah lanjut dalam protes yang dijalankan dengan bertolak ansur pada kesalahan kecil yang dilakukan untuk minggu seterusnya.

Timbalan pengerusi kesatuan polis, Vincent Houssin berkata, keputusan mereka enggan menyaman itu tidak termasuk untuk kesalahan besar seperti memandu secara cuai atau di bawah pengaruh alkohol. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/01

No comments:

Post a Comment