Ashraf beramah mesra dengan pelajar ketika lawatannya ke Pusat Pengajian Tinggi Amani di Kabul, semalam. - Foto AFP |
KABUL - AFGHANISTAN. Afghanistan akhirnya menandatangani perjanjian keselamatan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) dan status perjanjian ketenteraan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).
Perjanjian dua hala itu membolehkan tentera AS untuk tinggal di negara tersebut selepas gabungan Nato menamatkan operasi tempur pada akhir tahun ini.
Status perjanjian ketenteraan dengan Nato adalah sebuah rangka kerja undang-undang yang membenarkan tentera gabungan tinggal di Afghanistan dan sekutu mempunyai imuniti sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang di negara berkenaan.
Penasihat Keselamatan Negara Afghanistan, Hanif Atmar menandatangani perjanjian dua hala dengan Duta AS ke Afghanistan James Cunningham di hadapan pegawai atasan Afghanistan termasuk Presiden Ashraf Ghani, dipetik dari laporan dpa.

No comments:
Post a Comment