Wednesday, October 1, 2014

Operasi menyelamat mangsa Ontake dibatalkan



ASAP keluar dari gunung berapi Ontake di tengah Jepun semalam.


TOKYO - Operasi menyelamat di atas sebuah gunung berapi di Jepun ditangguhkan semalam ekoran kebimbangan berlaku letusan baharu, kata beberapa pegawai.
Pihak berkuasa percaya, masih terdapat 24 mayat di atas gunung berapi Ontake.
Beberapa buah helikopter kekal di pangkalan begitu juga sejumlah askar, anggota bomba dan polis sejak operasi menyelamat digantung kelmarin ekoran gas beracun masih melitupi sekitar puncak Ontake.
"Kedua-dua operasi menyelamat di darat dan udara dibatalkan hari ini (semalam)," kata seorang pegawai pengurusan bencana wilayah Nagano.
Sekurang-kurangnya 36 orang maut selepas gunung berapi itu meletus Sabtu lepas.
Namun, mereka diarahkan untuk tidak meneruskan pendakian selepas pihak berkuasa mengesan beberapa gempa bumi berlaku di gunung berapi setinggi 3,067 meter itu sekali gus meningkatkan risiko ia mungkin meletus lagi.
Sementara itu di Tokyo, Perdana Menteri Shinzo Abe menjanjikan usaha menyelamat dan pencegahan bencana akan ditingkatkan secara maksimum.
"Kerajaan akan meneruskan usaha menyelamat dengan kerjasama daripada semua organisasi yang terlibat," kata Abe. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3Eq6zP0z0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment