Dilahir dan dibesarkan di Nigeria, Ogunode pernah memenangi emas 200 dan 400m empat tahun lalu dan kali ini, dia memilih untuk beraksi dalam acara 100 dan 200m di Incheon.
WEI Yongli dinobat Ratu Pecut selepas ungguli 100m wanita. |
Ketika tugasnya dilihat menjadi lebih mudah selepas penarikan diri atlet Jepun, Yoshihide Kiryu akibat kecederaan, catatan 9.93 saat yang dilakar itu mengesahkan kedudukannya selaku lelaki terpantas Asia.
“Saya sentiasa yakin dengan kebolehan diri,” katanya. “Saya tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Saya sangat gembira. Selepas berlatih dan bertungkus lumus empat bulan, saya kini tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga.”

OGUNADE.
Sementara itu, Wei Yongli mengatasi atlet Jepun, Chisato Fukushima yang menduduki tempat kedua sambil atlet Kazakhstan, Olga Safronova berada di tempat ketiga.
“Saya tidak pernah terfikir mampu muncul juara,” kata Yongli. “Saya mempunyai jurulatih yang sangat bagus dari Amerika Syarikat.” - Reuters
No comments:
Post a Comment