Sunday, August 30, 2015

12 ditahan di Melaka

Oleh Nur Saliawati Salberi

nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Sembilan orang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan haram di Dataran Pahlawan, di sini, malam tadi.

Mereka yang berusia 20 hingga 30-an ditahan kira-kira 10.30 malam selepas berhimpun bersama kira-kira 100 orang.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sehingga jam 11 malam tadi, seramai 12 orang ditahan di negeri ini kerana didapati memakai baju-T berlogo BERSIH.

"Seramai 9 individu ditahan kkerana memakai baju-T berlogo BERSIH ketika menyertai perhimpunan manakala dua individu lagi ditahan pada sebelah petang dalam sekatan jalan raya.

"Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 12:16 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73841#sthash.HlG99iHp.dpuf

No comments:

Post a Comment