Sunday, August 30, 2015

Penganjur, peserta perhimpunan haram akan dikenakan tindakan - Zahid



Oleh Jalal Ali Abdul Rahim


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
IPOH: Penganjur dan peserta perhimpunan haram BERSIH 4 akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada lagi amaran dan tindakan diambil walaupun selepas perhimpunan tamat.
"Polis diberi kuasa sepenuhya untuk mengambil tindakan, siapa makan cili dia akan terasa pedasnya.
"Ini bukan amaran, tindakan akan diambil, bukan sekadar amaran sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment