Sunday, August 30, 2015

Polis Singapura larang anjur, sertai Bersih


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 OGOS 2015Polis Singapura larang anjur, sertai Bersih
Polis Singapura larang anjur, sertai Bersih Antara gelagat peserta Bersih 4.0 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SINGAPURA - Polis Singapura melarang mana-mana pihak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di republik itu.

Menurut Channel News Asia, polis Singapura sedar mengenai 'panggilan' penganjuran atau penyertaan Bersih 4.0 di merata-rata tempat di luar negara.

Pihak polis mengingatkan bahawa menganjurkan atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis yang sah adalah dilarang dan akan disiasat di bawah Akta Ketenteraman Awam.

"Mereka yang melanggar peraturan tersebut akan dihukum sewajarnya, termasuk penarikan visa atau pas kerja," kata polis.

No comments:

Post a Comment