Sunday, August 30, 2015

Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 OGOS 2015Bersih 4.0
Bersih 4.0 Keadaan di Dataran Merdeka ketika ini


KUALA LUMPUR - Himpunan Bersih 4.0, memasuki hari kedua (terakhir) hari ini.‎

Seawal jam 7.00 pagi, peserta sudah kelihatan membanjiri kawasan Dataran Merdeka.

Selain itu, pemerhatian Sinar Online juga mendapati ada juga peserta yang terus 'menginap' di sekitar Dataran Merdeka selepas penat menyertai himpunan itu semalam.

Dalam pada itu, kira-kira jam 8.00 pagi tadi, penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mengejutkan peserta dengan naik ke pentas untuk mengetuai acara senaman pagi.

Keadaan setakat ini masih terkawal, dan peserta yang menyertai himpunan ini makin bertambah dari semasa ke semasa.

11.00 pagi: Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia turut memberikan sokongan kepada Bersih 4.0.

11.10 pagi: Penyokong Bersih 4.0 memilih pengangkutan awam sebagai pilihan untuk menuju ke Dataran Merdeka.

11.15 pagi: Ribuan penyokong Bersih sudah mula membanjiri Jalan Tun Perak sambil melaungkan perkataan 'Bersih'

11.25 pagi: Jika orang lain menjual minuman, peniaga ini menjual petai.

11.30 pagi:  Kelihatan seorang peserta  memengang sepanduk 'hentikan bunyi bising vuvuzela.  Bersuaralah dengan cara yang betul'.

11.35 pagi: Penyokong Bersih 4.0 bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka

No comments:

Post a Comment