30 OGOS 2015
Iraq buka Zon Hijau Tentera Iraq memeriksa penduduk yang diberi akses ke Zon Hijau. Foto: AFP
BAGHDAD - IRAQ. Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi telah memerintahkan kawasan yang diberi kawalan ketat di Zon Hijau, dibuka kepada masyarakat umum.
Kawasan seluas 10 kilometer persegi yang terdiri daripada kompleks perumahan dan bangunan pentadbiran itu tidak boleh dimasuki orang awam atas alasan keselamatan.
Larangan itu dikuatkuasakan sejak pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada 2003.
"Langkah pembukaan Zon Hijau ini bertujuan mengurangkan ketegangan antara puak dan membanteras gejala rasuah di sana," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan tarikh khusus bila arahan itu mula dikuatkuasakan.
Zon Hijau terletak di daerah Karkh dan dikelilingi tembok konkrit serta dikawal rapi tentera.
Beberapa kedutaan besar termasuk AS dan Britain berada di zon tersebut.
Ia sering menjadi sasaran serangan bom sejak beberapa tahun lalu, lapor BBC.
No comments:
Post a Comment