HOSPITAL Pengawal Nasional Riyadh di Arab Saudi. Kakitangan hospital ini dilarang menunaikan haji musim ini atau bekerja di kawasan ibadah haji bagi mengelak penularan MERS-CoV. - AGENSI
JEDDAH 29 Ogos – Kakitangan Hospital Pengawal Nasional Riyadh dilarang menunaikan haji pada tahun ini atau bekerja di kawasan ibadah haji bagi mengelak penularan wabak Sindrom Pernafasan Koronavirus Asia Barat (MERS-CoV).
Ketua Kementerian Unit Kawalan Jangkitan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Hail Al-Abdali berkata, langkah itu diambil susulan penyebaran beberapa kes MERS-CoV di hospital tersebut sejak dua minggu lalu.
Sebanyak 77 kes jangkitan baharu dilaporkan berlaku di hospital itu dari 16 Ogos sehingga semalam.
Dengan empat lagi kematian diumumkan oleh
Kementerian Kesihatan, semalam mengesahkan empat lagi kematian melibatkan pesakit dari Riyadh, dan dengan pengumuman itu, bermakna 26 orang telah meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh dua minggu lalu.
Sebanyak enam jangkitan baharu turut diumumkan semalam, membabitkan pesakit dari Riyadh yang berumur antara 25 dan 87 tahun.
Ini bermakna sejak Jun 2012, negara ini telah mencatat sebanyak 1,172 kes MERS-CoV, 502 kematian, 605 pemulihan, dan 55 orang masih dirawat di hospital dan sembilan di rumah.
Sementara itu, Menteri Pengawal Nasional, Putera Miteb bin Abdullah berkata, Hospital Pengawal Nasional Riyadh bukan satu-satunya unit yang bertanggungjawab menangani MERS-CoV.
Jelas beliau, banyak lagi agensi dan unit lain dipertanggungjawabkan mengawasi penularan wabak berkenaan.
“Hospital itu adalah satu daripada jabatan kecemasan terbesar di Saudi yang mengendalikan ribuan kes setiap hari, sekali gus menyebabkan institusi tersebut terdedah kepada penularan MERS-CoV,” katanya. – AGENSI
No comments:
Post a Comment