4.15 petang Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 dengan ditemani Datuk Zaid Ibrahim.
4.10 petang: Ceramah dan nyanyian oleh peserta Bersih 4 tetap diteruskan walaupun hujan.
3.58 petang: Peserta perhimpunan Bersih 4 tetap meneruskan agenda mereka walaupun hujan.
3.48 petang: Peserta perhimpunan tidak berganjak walaupun hujan lebat.
3.40 petang: Hujan lebat di sekitar Dataran Merdeka
2.45 petang: Peserta Bersih meneruskan aktiviti mereka dengan berkumpul berdekatan Dataran Merdeka
2.07 petang: Peserta bersih kembali memenuhi Jalan TAR untuk eneruskan agenda Bersih 4.0
1.40 petang: Berbanding semalam, peserta Bersih 4.0 pada Ahad tidak lagi dibenarkan duduk di kerusi bertingkat yang disediakan sempena sambutan Hari Kebangsaan. Kawasan tersebut dikawal oleh petugas AMK.
1.35 petang: Peserta Bersih 4 menunaikan solat Zohor berhampiran Dataran Merdeka.
Tun M Didakwa Akan Sertai Bersih 4.0 Di Pasar Seni
KUALA LUMPUR: Selepas kemunculannya berjaya mengejutkan banyak pihak, nama Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi 'dijual' bagi menghangatkan lagi pehimpunan Bersih 4.0 yang masuk hari kedua pada Ahad.
Sejak awal pagi Ahad, terdapat maklumat yang disebarkan di kalangan wakil media dan orang ramai bahawa bekas perdana menteri itu akan hadir di Pasar Seni di sini kira-kira pukul 5 petang.
Turut dikatakan akan bersama Dr Mahathir ialah bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.
Pasar Seni yang terletak kira-kira 2.2 kilometer dari Dataran Merdeka merupakan salah satu lokasi berkumpul peserta Bersih 4.0.
Cubaan mStar Online untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai peribadi Dr Mahathir mengenai maklumat berkenaan bagaimanapun tidak berjaya.
Kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu, Dr Mahathir membuat 'kemunculan istimewa' di perkarangan Dataran Merdeka bagi meninjau situasi perhimpunan gergasi serba kuning tersebut.
Beliau yang hadir ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sempat meluangkan masa kira-kira 10 minit bersalaman dan melayan permintaan untuk mengambil gambar.
Pimpinan pakatan pembangkang menyifatkan kehadiran Dr Mahathir berjaya memberi impak positif kepada perhimpunan aman Bersih 4.0.
12.46 tengah hari: Peserta Bersih 4 terus berada berhampiran Dataran Merdeka.
12.30 tengah hari: Perhimpunan ditangguhkan untuk berehat sehingga pukul 2 petang.
12.27: tengah hari: Pasukan keselamatan dari Serdang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan lokasi perhimpunan.
12.04 tengah hari: Sekitar Masjid Jamek sesak dengan peserta Bersih 4.0
11.15 pagi: Kumpulan anak orang asli turut menghadiri perhimpunan Bersih 4.0
11.25 pagi: Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin memanaskan suasana berhampiran Dataran Merdeka dengan ucapan dan sorakan.
11.22 pagi: Peserta Bersih semakin bertambah.
11.10 pagi: Peserta Bersih 4 meneruskan aktiviti berdemo.
11.00 pagi: Polis terus mengawal Dataran Merdeka daripada dicerbohi perserta Bersih 4.0
10.04: Seramai 13 peserta perhimpunan Bersih 4.0 disahkan mengalami keracunan makanan oleh kumpulan perubatan sukarela.
Perarakan Berih 4.0 di Sabah
8.10 pagi: Gereja berdekatan Dataran Merdeka penuh dengan peserta Bersih 4.0 yang akan meneruskan perhimpunan.
8.05 pagi: Peserta Bersih 4.0 memulakan perhimpunan hari kedua dengan berdoa di gereja berdekatan.
2.30 pagi: Peserta Bersih 4.0 tidur di merata tempat sekitar Dataran Merdeka
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu bersama turut berkhemah di luar kawasan Dataran Merdeka.
12.45 pagi: Aktivis Bersih mengedarkan makanan lewat malam percuma kepada peserta.
Sabtu (29 Ogos)
Sebahagian peserta tidur di kaki lima di hadapan panggung bandaraya.
11.55 malam: Maria Chin Abdullah berucap di hadapan peserta 4.0. Difahamkan ucapannya adalah penutup program pada malam ini.
10.56 malam: Suasana perhimpunan Bersih masih aman seperti sebelah siang.
Bersih 4 turut berlangsung di Sydney dan Auckland
10.30 malam: Ceramah sempena Bersih 4.0 dijangka akan dimulakan sebentar lagi
10.18 malam: Peserta Bersih kini bersantai setelah penat berjalan
Mat Sabu Akui Ketiadaan PAS Menjejaskan Jumlah Peserta Bersih 4.0
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengakui ketiadaan penyokong dan pimpinan parti Islam itu memberi kesan kepada jumlah kehadiran peserta perhimpunan Bersih 4.0.
Bagaimanapun kata Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu ia tidak mematahkan semangat orang ramai daripada terus membanjiri Dataran Merdeka.
"Sedikit kesan, tak ada kesan banyak.
"Unit Arif menjalankan tugas dengan baik, menggantikan Unit Amal (PAS)," katanya kepada mStar Online dan The Star pada Sabtu malam.
Amal Relief Malaysia (Arif) merupakan unit keselamatan di bawah GHB yang berperanan seperti Jabatan Amal PAS.
Minggu lalu PAS mengeluarkan kenyataan bahawa ahlinya tidak akan dikerahkan menyertai Bersih 4.0.
Pada Jumaat, Jabatan Amal PAS turut mengeluarkan larangan kepada ahlinya daripada bertugas sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu.
9.30 malam: Perhimpunan Bersih 4 kembali rancak selepas ia bersambung pada 9 malam.
7.35 petang: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Merdeka.
6.27 petang: Penganjur Bersih 4 umum berehat, perhimpunan bersambung pada pukul 9 malam.
6.21 petang: Terdapat kumpulan besar peserta Bersih 4 masih berada berdekatan Dataran Merdeka.
5.06 petang: Peserta Bersih 4 kelihatan semakin berkurangan walaupun pelbagai aktiviti berdemo masih diteruskan.
5.00 petang: Peserta Bersih 4 di sekitar Pasar Seni mula meninggalkan kawasan tersebut.
4.30: Peserta Bersih mengambil tindakan berhimpun dalam keadaan aman.
4.10 petang: Peserta Bersih 4 masih meneruskan dengan pelbagai aktiviti.
3.37: Ahli Umno Kota Belud, Amsor Tuah turut menyertai Bersih 4
3.28: Peserta Bersih 4 berkumpul di laluan ke Dataran Merdeka dengan melakukan pelbagai aktiviti protes terhadap kerajaan.
3.10 petang: Laluan ke Dataran Merdeka dari Dataran Maybank sesak
2.47 petang: Kumpulan kedua peserta Bersih 4 berarak ke Dataran Merdeka.
2.36 petang: peserta perhimpunan Bersih 4 di Dataran Maybank berarak ke Dataran Merdeka.
2.24 petang: Wan Azizah ketuai perarakan Bersih 4 ke Dataran Merdeka.
2.20 petang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berarak menaiki pacuan empat roda di sekitar Dataran Maybank dan Sogo
2.09 petang: Pemimpin pembangkang hadir bersama peserta perhimpunan Bersih 4
2.05 petang: Barisan hadapan peserta Bersih 4 mula berarak ke Dataran Merdeka.
1.32 petang: Peserta Bersih 4 mula berarak dari Pasar Seni Ke Dataran Merdeka
1.24 petang: Peserta Bersih 4 menunaikan solat Zohor di depan Sogo.
1.10 petang: Peserta Bersih 4 di Pasar Seni bersedia untuk berarak ke Dataran Merdeka pada pukul 2 petang, kelihatan Rara dari DAp dan aktivis, Adam Adli.
1.08 petang: Peserta Bersih membuat persiapan menunaikan solat zohor.
1.05 petang: Pengamal media antarabangsa turut sibuk membuat liputan.
12.57: Kemeja-T Bersih 4 laris dijual di tepi jalan sekitar kawasan perhimpunan.
12.55 tengah hari: Peserta Bersih 4 berpakaian hitam mula ambil bahagian.
12.45 tengah hari: Polis menutup laluan ke Dataran Merdeka.
12.20 tengah hari: Suasana perhimpunan Bersih 4 di depan Sogo.
12.10 tengah hari: Peserta Bersih 4 di depan Sogo
12.05 tengah hari: 'Wajah' Anwar Ibrahim muncul di depan Sogo.
11.53 pagi: Poster wang bernilai RM2.6 bilion antara yang dijadikan poster perhimpunan Bersih 4
11.47 pagi: Pemimpin PKR, Rafizi Ramli bersama peserta Bersih 4
11.30 pagi: Ahli DAP Syefura Othman atau Rara bersama poster 'menggoda' anggota polis yang dibawanya.
11.15 pagi: GHB yang akan menubuhkan sebuah parti politik bersama pakatan pembangkang mengambil kesempatan memungut derma.
10.56 pagi: Pasukan keselamatan Sogo mula mengetatkan kawalan di pusat beli-belah itu berikutan jumlah peserta Bersih 4 yang semakin bertambah.
10.53 pagi: Jumlah peserta di Sogo mula bertambah.
10.45 pagi: Kumpulan lelaki yang mendakwa sebagai PKR Perlis memakai baju Bersih-T hitam dengan lambang harimau.
10.40 pagi: Plakad mengenai isu derma RM2.6 bilion antara yang dibawa peserta Bersih 4.
10.38 pagi: Suasan di hadapan Sogo.
10.30: Peserta Bersih 4 terus berarak dengan sorakan.
10.30: Dr Afif Bahardin merupakan pemimpin AMK yang tiba di sekitar Pasar Seni.
10.27: Peserta Bersih 4 OKU di sekitar Pasar Seni
10.10 pagi : Peserta Bersih 4 mula nerarak dari Pasar Seni ke arah Pudu Sentral.
10.05 pagi: Orang ramai mula berarak di sekitar Kota Raya.
Gadis Conteng Bersih 4 Di Paha Jadi Perhatian
KUALA LUMPUR: Ramai peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 mula membanjiri perkarangan Pasar Seni di sini, Sabtu.
Kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada golongan muda.
Beberapa peserta warga emas turut kelihatan di sekitar pasar seni seawal pukul 8 pagi.
Mereka lengkap berpakaian baju-T berwarna kuning sambil memakai kaca mata hitam dan lilitan di kepala.
Malah, ada di antara mereka mengambil kesempatan untuk tidur seketika di dalam sebuah premis restoran makanan segera di sini.
Terdapat sekumpulan peserta yang membawa sepanduk sambil melaungkan slogan "Bersih 4.0".
Seorang gadis yang berseluar pendek dengan tulisan perkataan "Bersih 4.0' di paha dan tangannya menyebabkannya menjadi tumpuan ramai.
Beberapa buah helikopter yang terlibat dalam raptai sambutan Hari Kebangsaan sedang berlegar-legar di udara.
9.55 pagi: Peserta Bersih 4 mula membentang kain rentang mengenai Bersih di sekitar Pasar Seni.
9.50 pagi: Anggota polis terus mengetatkan kawalan di sekitar Dataran Merdeka.
9.41 pagi: Peserta Bersih 4 mula berkumpul lebih ramai di sekitar Pasar Seni.
9.20 pagi: Minat orang ramai lebih terarah kepada raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekitar Dataran Merdeka.
9.02 pagi: Terdapat peserta Bersih 4 yang mengambil kesempatan untuk tidur di restoran makanan segera sehingga mengganggu pelanggan lain.
8.35 pagi: Peserta perhimpunan Bersih 4 mula memasuki ibu negara.
28 Ogos (Jumaat)
10.36 malam: Polis berkawal di Dataran Merdeka bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Pihak Berkuasa Mula Berkawal Di Sekitar Ibu Negara
KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam lagi perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang akan bermula, dan berikutan itu siren kenderaan pasukan keselamatan beberapa kali dapat didengar di ibu kota.
Bermula kira-kira pukul 6 hingga 7 petang Jumaat, beberapa buah trak polis dan ambulan dapat dilihat melalui di hadapan Masjid Negara, dipercayai menuju ke Dataran Merdeka.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan keselamatan yang dilihat itu adalah yang digerakkan untuk memantau perhimpunan Bersih 4.0, sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau untuk tujuan lain.
Sementara itu trafik di sepanjang Jalan Kinabalu, Jalan Perdana dan Jalan Sultan Hishamuddin di sini menuju ke ibu kota masih lagi terkawal walaupun dua acara besar iaitu himpunan Bersih 4.0 dan sambutan kemerdekaan dijadual berlangsung hujung minggu ini.
Keadaan di perkarangan Masjid Negara juga dilihat tenang tanpa kelibat mereka yang berkemungkinan menyertai Bersih 4.0 yang telah diisytiharkan sebagai haram.
Yang dapat dilihat hanyalah kelompok gelandangan yang sedang bersantai sementara menunggu waktu malam.
Pada Khamis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada penganjur dan individu untuk tidak menyertai Bersih 4.0 hujung minggu ini kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan himpunan diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka.
"Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang kita akan ambil tindakan," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata polis telah bersiap sedia termasuk dari segi keanggotaan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh peserta dan penganjur perhimpunan.
Yang dapat dilihat hanyalah kelompok gelandangan yang sedang bersantai sementara menunggu waktu malam.
Pada Khamis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada penganjur dan individu untuk tidak menyertai Bersih 4.0 hujung minggu ini kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan himpunan diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka.
"Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang kita akan ambil tindakan," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata polis telah bersiap sedia termasuk dari segi keanggotaan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh peserta dan penganjur perhimpunan.
Warga Silat Tolak Bersih, Adakan Solat Hajat
KUALA LUMPUR: Warga silat di seluruh negara digesa untuk tidak menyokong atau terlibat dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung minggu ini.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, setiap masalah yang dihadapi negara pada masa kini mempunyai saluran penyelesaian yang betul dan tindakan berhimpun tidak akan menyelesaikan masalah.
"Ini satu kerja yang amat tidak baik. Saya telah minta seluruh ahli silat Pesaka untuk jauhkan diri daripadanya (Bersih).
"Kita ada tempat untuk suarakan pandangan, janganlah cemari bulan dan hari baik kemerdekaan dengan perkara yang tak elok, antranya Bersih," katanya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Negara di sini, Jumaat.
Solat hajat tersebut dilakukan sebelum solat Asar dan disertai kira-kira 100 jemaah.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, solat hajat yang disertai warga silat dari seluruh negara ini diadakan sempena menyambut Hari Merdeka dan sambutan Jubli Emas Masjid Negara.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, solat hajat yang disertai warga silat dari seluruh negara ini diadakan sempena menyambut Hari Merdeka dan sambutan Jubli Emas Masjid Negara.
"Ia tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih tetapi sempena kemerdekaan dan Jubli Emas Masjid Negara.
"Hari ini kita datang ramai-ramai ke Masjid Negara, doa kepada Allah supaya negara, bangsa dan agama kita sentiasa melindungi kita," katanya.
Sementara itu Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat cekak Malaysia Datuk Maideen Kadir Shah berkata warga silat sentiasa mendokong penuh kedaulatan dan Perlembagaan negara.
Beliau yang juga ahli Dewan Perguruan Pesaka Malaysia berkata seluruh rakyat diharap dapat mempertahankan agama,bangsa dan negara yang telah 58 tahun mencapai kemerdekaan.
Mengenai Bersih yang dirancang pada Sabtu, beliau berkata ia adalah satu tindakan tidak tepat dalam menangani masalah.
"Negara sedang mempunyai krisis sangat besar, kenapa perlu susahkan peniaga di seluruh Kuala Lumpur...itu tindakan tak tepat.
"Orang silat juga rakyat, rakyat mahu selamat, mahu cari makan dan negara yang aman sebab itu kami tak berganjak daripada Perlembagaan dan kepimpinan negara," katanya.
Suasana di sekitar kompleks membeli-belah Sogo dan Dataran Merdeka kelihatan tenang tanpa peserta perhimpunan Bersih 4.0
4.20 petang: NGO pelbagai pertubuhan silat berkumpul di masjid negara untuk mengadakan solat hajat supaya keselamatan dan kententeraman awam tidak terjejas gara-gara perhimpunan Bersih 4.0.
No comments:
Post a Comment