Sunday, August 30, 2015

Umno bermasalah kerana berebut kekayaan negara?


NIZAM ZAIN
Umno bermasalah kerana berebut kekayaan negara?30 OGOS 2015
Umno bermasalah kerana berebut kekayaan negara? Ahmad Awang ketika berucap pada perhimpunan Berish 4.0 berdekatan Dataran Merdeka di Jalan Raja, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
KUALA LUMPUR - Masalah dalaman Umno didakwa berpunca daripada perebutan hasil kekayaan negara yang semakin berkurangan dan dibolot oleh pemimpin parti itu.

Penasihat Harapan Baru, Ahmad Awang berkata, akibat hasil negara terus menyusut, pemimpin Umno mula bergaduh sesama sendiri.

"Mereka tak pernah berbalah dahulunya kerana masing-masing dapat habuan.

"Tapi hari ini kerana tinggal sedikit harta yang ada, maka yang tak dapat, mulalah mereka bergaduh dan terdedahlah hari ini penipuan dan kezaliman," katanya ketika berucap di hadapan ribuan peserta perhimpunan Bersih 4.0 di Jalan Raja, di sini, semalam.

Terdahulu, penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah tetap mahu meneruskan perhimpunan itu walaupun pihak polis telah mengharamkannya.

Ia adalah kerana pihak penganjur gagal mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perak juga berkata, rakyat berhimpun bukan sahaja kerana isu derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya katanya lagi, rakyat berhimpun kerana menuntut Najib bertanggungjawab terhadap kadar hutang negara lebih RM700 bilion.

"Kita berhimpun bukan kerana RM2.6 bilion, kita berhimpun kerana ratusan bilion sudah habis dihisap oleh penghisap darah rakyat di negara ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment