Monday, September 13, 2010

Anak beraya bersama sanak saudara


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/09/12


IBU Sosliawati, Yatmah Abdul Rahman dan menantunya, Azizah Ahmad, menunjukkan baju raya yang dihadiahkan Sosilawati di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan,  Batu Pahat.
IBU Sosliawati, Yatmah Abdul Rahman dan menantunya, Azizah Ahmad, menunjukkan baju raya yang dihadiahkan Sosilawati di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Batu Pahat.

KUALA LUMPUR: “Raya kali ini tidak bermakna langsung buat keluarga kami,” luah Erni Erinawati Sofia Buhari, 18, anak keempat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dilaporkan hilang bersama tiga individu lain hampir dua minggu lalu. 

Ketika umat Islam yang lain sedang gembira berkumpul bersama keluarga dan mengunjungi sanak saudara, berbeza dengan keluarganya yang menyambut Aidilfitri dalam keadaan sedih mengenangkan keadaan ibu tercinta sehingga kini belum ditemui.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkembangan terkini ibunya, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.Tinjauan Berita Minggu ke kediamannya mendapati terdapat sanak saudara Sosilawati dari Batu Pahat, Johor datang berkunjung selain menjadi tumpuan kanak-kanak dari taman berkenaan datang untuk beraya. 

Sementara itu, adik Sosilawati, Masturi, 44, berkata sambutan raya tetap diraikan secara sederhana walaupun keluarganya masih diselubungi kesedihan berhubung kejadian yang menimpa anaknya. 

“Sambutan kali ini jelas berbeza berbanding tahun sebelumnya. Jika sebelum ini, mereka sekeluarga termasuk Sosilawati akan berkumpul di rumah ibu dekat Batu Pahat, Johor. 

“Namun, kali ini, saya dan saudara mara lain terpaksa menyambut Aidilfitri di sini menemani enam anaknya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 
Sosilawati, yang juga bekas isteri penyanyi Nash dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting 30 Ogos lalu bersama peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners di Putrajaya; Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu Sosilawati. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi memaklumkan tiada perkembangan terbaru diperoleh pihaknya dan kes berkenaan masih dalam siasatan. 

No comments:

Post a Comment