Monday, September 13, 2010

Kaji terlebih dahulu - Dr. Mahathir



KRISIS kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 disebabkan oleh kegiatan peniaga mata wang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Sebarang langkah untuk membolehkan ringgit didagangkan semula di luar pesisir perlu dipertimbangkan dengan sehalus-halusnya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Menurut laporan baru-baru ini, peniaga mata wang memperdagangkan kira-kira AS$4 trilion (RM12.44 trilion) sehari... tetapi tiada kesan sumber penghasilan tambahan seperti peluang pekerjaan dan faedah lain kepada rakyat," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan dekat sini.

No comments:

Post a Comment