Monday, September 13, 2010

Umno perlu sokongan banyak NGO: Dr M

KUALA LUMPUR: Umno tidak mampu memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya Umno memerlukan banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.

“Saya berpendapat bahawa Umno khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment