KOTA BHARU - Rakyat Kelantan terus diselubungi tanda-tanya mengenai desas-desus Pemangku Raja yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra (gambar) akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Bagaimanapun, sehingga semalam tiada pihak berkenaan tampil memberi pengesahan atau menafikan dakwaan tersebut termasuk Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.
Abdul Halim memberitahu, beliau masih belum menerima apa-apa arahan mengenai istiadat pemasyhuran yang didakwa akan berlangsung hari ini.
"Saya tidak menerima apa-apa titah mengenai majlis pemasyhuran yang dikatakan akan dilangsungkan itu, apa-apa pun kita tunggu sekiranya diumumkan," katanya ketika dihubungi semalam
No comments:
Post a Comment