Monday, September 13, 2010

Ops Sikap ke-22: 15 kematian hari kesembilan




2010/09/12

KUALA LUMPUR: Lima belas kematian dicatat pada hari kesembilan Ops Sikap ke-22 kelmarin, menjadikan korban nahas jalan raya sejak operasi itu bermula 3 September lalu meningkat kepada 154 mangsa. 

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang paling ramai korban berbanding pengguna kenderaan lain, iaitu 10 orang, manakala pengguna kereta (dua) dan pejalan kaki seramai tiga orang.Sebanyak 1,030 kemalangan dilaporkan berlaku kelmarin, iaitu 78 di lebuh raya, 464 di jalan persekutuan, 213 jalan negeri, 219 jalan bandaran dan 56 di jalan lain.
Sejumlah 5,878 saman dikeluarkan a atas pelbagai kesalahan lalu lintas. – BERNAMA 

No comments:

Post a Comment