Monday, September 13, 2010

Sultan Kelantan fail dua petisyen


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/09/13

Cabar pertabalan Tengku Muhammad Faris 

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra memfailkan dua petisyen di mahkamah bagi mencabar pertaba-lan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Raja Kelantan yang baru.Peguam mewakili Raja Kelantan, Rashid Zulkifli, berkata baginda sudah memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi meminta mahkamah menentukan tahap kuasa Tengku Muhammad Faris ketika baginda tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.
Katanya, tindakan berkenaan dibuat selepas mengetahui Pemangku Raja Kelantan merancang untuk meminda perlembagaan negeri bagi melucutkan kuasa baginda sebagai pemerintah, jika tidak mampu menjalankan tugas untuk jangka masa lebih satu tahun. 

“Memandangkan isu berkenaan perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, maka tidak wajar atau sah bagi Pemangku Raja bertindak mendahuluinya,” katanya dalam kenyataan media, semalam. 

Sebuah akhbar berbahasa Melayu Jumaat lalu melaporkan dengan memetik sumber bahawa Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai Raja Kelantan yang baru, bagi menggantikan ayahandanya, yang gering sejak lebih setahun lalu. 

Istiadat pemasyhuran itu akan berlangsung di Istana Balai Istana Besar mulai jam 11.30 pagi ini. 
Rashid berkata, pihaknya mengambil langkah luar biasa untuk menulis kepada pihak media memandangkan wujudnya keperluan mendesak bagi menyatakan pendirian baginda. 

Beliau turut memberi amaran bahawa percubaan untuk meminda perlembagaan negeri boleh menyebabkan Pemangku Raja berdepan dakwaan mencampuri prosiding dan menghina mahkamah. 

“Sebarang pindaan dan pertabalan, jika diteruskan, akan dicabar kesahihannya oleh baginda Raja,” katanya

No comments:

Post a Comment