Monday, September 13, 2010

Dua pasangan maut kereta dirempuh bas




2010/09/12


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat   mengeluarkan mayat  korban nahas di Gambang, Kuantan, malam kelmarin.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat korban nahas di Gambang, Kuantan, malam kelmarin.

KUANTAN: Dua pasangan suami isteri termasuk seorang anggota polis maut dalam dua kemalangan berasingan membabitkan bas ekspres, masing-masing di Raub dan Gambang, dekat sini pada Khamis dan Jumaat lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata dalam kejadian jam 3.30 pagi di Kilometer 22.8, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, pagi Jumaat lalu, Ahmad Indra Sujud, 32, dan isteri, Lans Koperal Zuraidah Mahmad, 31, maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala apabila Proton Wira di naiki dirempuh bas ekspres dan diheret kira-kira 20 meter.“Pasangan terbabit dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk pulang bercuti Aidilfitri,” katanya.
Dalam kejadian lain, sepasang suami isteri juga maut, manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 358 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu, Raub, Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata dalam kejadian jam 5.30 petang, Adnan Ahmad, 43 dan isterinya Adira Akhlak Ahmad, 36 dari Ketereh, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian. 

No comments:

Post a Comment