Monday, September 13, 2010

Sambut Syawal dengan air mata

  • Foto
    MANGSA banjir menunaikan solat Aidilfitri di luar Masjid Sadikiya yang rosak di daerah Muzaffargarh, wilayah Punjab.
Foto
ABDUL AZEEZ menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Nor Mohammad Thaim, Pakistan, kelmarin.



Kelab Putera 1Malaysia bantu 250,000 keluarga


KEHADIRAN 1 Syawal disambut dengan penuh kegembiraan oleh mangsa banjir di beberapa kem pemindahan sementara dekat sini walaupun dalam serba kekurangan sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa.Walaupun ada di kalangan mereka masih lagi di kawasan ditenggelami air, ia bukan penghalang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di tanah lapang di kawasan penempatan sementara.Ketika imam membaca doa, ada mangsa banjir menadah tangan sambil menitiskan air mata ekoran musibah melanda. Selepas selesai solat Aidilfitri, mereka menikmati juadah hari raya disediakan dan menziarahi antara satu sama lain. 

Suasana sambutan hari raya di kem pemindahan sementara dekat sini tidaklah semeriah tempat lain, tetapi ia diraikan dengan penuh bermakna. Sumbangan orang ramai sedikit sebanyak menceriakan suasana Aidilfitri mereka. 

Lebih bermakna lagi buat mangsa banjir di kem sekitar Karachi apabila Kelab Putera 1Malaysia yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkorban keriangan hari raya di tanah air apabila menyambut satu Syawal dengan mangsa banjir di sini. 

Abdul Azeez berkata, seekor lembu dan beberapa ekor kambing serta nasi beriani dimasak bagi diagihkan kepada mangsa banjir supaya mereka dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri walaupun dilanda musibah. 
“Ini adalah program kemuncak kita di mana kita menyambut Aidilfitri dengan mangsa banjir dan mengagihkan makanan kepada mereka. Ia bertujuan untuk membawa kegembiraan serta berkongsi kesengsaraan yang mereka hadapi. 

“Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia berjaya membantu kira-kira 250,000 keluarga yang terbabit dalam bencana banjir terburuk di dua wilayah di Pakistan iaitu Peshawar dan Karachi,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Difahamkan, sehingga kini sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta) bantuan diagihkan kepada semua mangsa banjir di dua kawasan berkenaan dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan. 

No comments:

Post a Comment