Saturday, July 9, 2011

Ali Abdullah masih enggan mengaku kalah

SANAA (Yaman): Presiden Yaman yang kelihatan uzur muncul buat kali pertama selepas cedera dalam serangan roket di laman istananya bulan lalu, dalam usaha melenyapkan spekulasi mengenai keadaan kesihatannya.

Presiden Ali Abdullah Saleh (gambar) yang menjalani rawatan di Arab Saudi, mengecam pihak pembangkang yang ingin menggulingkannya. Perubahan penampilannya menunjukkan dia tetap tidak mahu mengalah dalam menghadapi pemberontakan di Yaman. Tampil dengan tangan serta lengan dibungkus plaster, Ali Abdullah kelihatan lebih gelap dan kurus berbanding keadaannya sebelum serangan itu. Dalam kenyataan menerusi rakaman video yang disiarkan awal semalam, Ali Abdullah berkata beliau berjaya menjalani lebih lapan pembedahan.


Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila akan pulang ke Yaman.

Pemimpin parti yang memerintah Yaman dan yang rapat dengan Ali Abdullah berkata, ucapan ringkas Presiden itu membantu menjelaskan spekulasi mengenai keadaannya. “Kemunculannya di televisyen melenyapkan khabar angin dan membuktikan kepada rakyat bahawa Presiden dalam keadaan sihat,” kata ahli politik, Yasser Yamani. - AP

myMetro | Ali Abdullah masih enggan mengaku kalah

No comments:

Post a Comment